97.1 peratus dewasa lengkap dos

PUTRAJAYA 7 Dis. – Sebanyak 97.1 peratus atau 22,729,076 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.5 peratus atau 23,054,211 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga malam tadi juga, sebanyak 77.9 peratus atau 25,453,314 daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan manakala 79.2 peratus atau 25,886,590 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi dos penggalak pula, secara keseluruhan sebanyak 20.8 peratus atau 3,048,396  orang telah mendapat dos berkenaan.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,724,238 atau 86.6 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.0 peratus atau 2,832,379 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 97,725 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.19 juta dos.

Related posts

Leave a Comment