KUALA LUMPUR 22 Okt. – Sebanyak 24,631 tindakan Notis Penolakan Masuk (NTL) serta 707 tangkapan bagi pelbagai kesalahan imigresen direkodkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sepanjang tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata angka itu mencerminkan usaha penguatkuasaan berterusan dalam menangani isu ketidakpatuhan imigresen dan memperketat kawalan keselamatan sempadan negara. Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu kemasukan tanpa kebenaran serta keberadaan warga asing tanpa izin yang berpotensi mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Justeru, KDN bersama semua agensi barisan hadapan, termasuk AKPS, melaksanakan strategi…
Read MoreCategory: BERITA
Berita pilihan…
32 syarikat dikenakan sekatan pentadbiran
JAKARTA – Sebanyak 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar dikenakan sekatan pentadbiran oleh Kementerian Perhutanan Indonesia. Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni seperti dilaporkan media berkata, kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas telah terbakar. Beliau berkata langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat terbabit dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak berikutan kebakaran itu. Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang. Antoni berkata kementerian…
Read MoreLapangan terbang di Dammam diserang
RIYADH – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan, seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam, Arab Saudi. Menerusi platform X, pihak berkuasa itu memaklumkan serangan berkenaan berlaku pada Rabu malam dan mengakibatkan seorang penduduk terbunuh serta lapan individu lain mengalami kecederaan daripada ringan hingga parah. Semua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Serangan tersebut juga menyebabkan kerosakan harta benda di lapangan terbang berkenaan, dengan penilaian mengenai tahap kerosakan masih dijalankan. Katanya, maklumat lanjut mengenai insiden…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 22.10.2026
Anak Malaysia, Indonesia sama-sama sesak nafas
SEPANG 21 Okt . – “Jerebu tidak memilih mangsa. Ia tidak membezakan warna kulit, agama atau kewarganegaraan. Anak Malaysia sesak nafas, anak Indonesia juga sesak nafas,” kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sambil menegaskan gesaannya tidak dilihat sebagai pertelingkahan antara dua negara, Syed Saddiq mahu Indonesia bertindak berdasarkan kuasa yang ada tanpa memilih mana-mana syarikat sama ada dari Malaysia, Indonesia atau Singapura “Ini bukan soal Malaysia lawan Indonesia, bendera kita berbeza tetapi apabila sesak nafas deritanya sama,” katanya bagi mengulas kritikan bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi,…
Read MoreBN sah tanding 21, Pas, rakan- rakan 7
MASJID TANAH 21 Okt. – Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan rundingan dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi Menurut Ahmad Zahid menerusi rundingan itu, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pas dan ‘rakan-rakannya’ tujuh kerusi. “Saya ingin mengesahkan BN akan bertanding 21 kerusi dan mereka (PAS) bersama rakan-rakan mereka akan bertanding tujuh kerusi. “Ertinya itulah kata-kata muktamad yang saya ingin berkongsi pada rakan-rakan media,” katanya selepas menghadiri Program Melaka Bermunajat di Masjid Salmah, di sini…
Read MoreHarga runcit RON97, RON95 turun 30 sen
PUTRAJAYA 21 Okt. – Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi, masing-masing turun sebanyak 30 sen seliter, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi turun 10 sen seliter bermula esok hingga 28 Oktober ini. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit RON97 adalah RM4.80 seliter, RON95 (RM4.32) dan diesel (RM5.07). Menurut MoF, walaupun harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$100 (RM408.20) satu tong, harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau mula menyederhana dalam tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM). Kenyataan itu berkata, penyusutan harga berkenaan didorong jangkaan peningkatan bekalan dari…
Read MoreMahu jual X-ADV, tilapia bukan sumbangan
SEPANG 21 Okt . – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, memohon supaya tidak ada lagi memasukkan wang ke dalam akaunnya sebagai sumbangan untuk membayar ganti rugi dan kos mahkamah berjumlah RM300,000. Beliau berkata, hampir semua yang memasukkan duit ke dalam akaunnya bukan untuk membeli motor atau ikan tilapia tetapi ingin menyumbang kepadanya di mana jumlah terkumpul setakat perkongsian terkini di Facebooknya RM45,102.18. “Mohon jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua, saya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya kerana…
Read MoreTakiyuddin diarah tarik balik ‘munafik’
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul, mengarahkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, menarik balik kenyataan beliau yang menggunakan perkataan ‘munafik’, selewat-lewatnya esok. Johari berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas beliau meneliti penyata rasmi persidangan (hansard), dan Takiyuddin boleh menarik balik kenyataan beliau itu sama ada dalam Dewan Rakyat atau melalui surat bertulis kepadanya. “Saya sudah membaca hansard dan ini keputusan saya. Saya meminta Kota Bharu menarik balik perkataan diucapkannya, selewat-lewatnya esok,” katanya. Beliau berkata demikian berikutan RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan peraturan mesyuarat susulan penggunaan…
Read More