TOKYO – Mulai 1 November ini, pelawat asing dikehendaki membayar cukai penggunaan terlebih dahulu dan menuntut bayaran balik semasa berlepas. Langkah itu susulan rombakan semula sistem pembelian bebas cukai bagi membendung penyalahgunaan oleh pelancong yang menjual semula barangan sebelum meninggalkan negara itu. Pelawat asing kini boleh membeli barangan tanpa cukai di kedai-kedai berkaitan. Di bawah sistem bayaran balik yang baharu, mereka akan mengimbas pasport di terminal khas di lapangan terbang dan pelabuhan untuk menerima bayaran balik secara tunai atau menerusi kad kredit semasa berlepas. Pelancong yang dipilih untuk pemeriksaan tambahan…
Read MoreCategory: BERITA
Tujuh syarat kembali ke meja rundingan
ISTANBUL – Iran menuntut supaya tujuh syarat baharu yang dikemukakan dipenuhi, sebelum membuka semula Selat Hormuz atau kembali ke meja rundingan, kata Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Mohsen Rezaei. Rezaei dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita ISNA, berkata Tehran “tidak lagi berminat dengan perjanjian yang jaminannya hanya bersandarkan niat baik politik semata-mata.” Beliau berkata keutamaan Iran adalah “penurunan ketegangan”, namun “semakin lama AS memanjangkan peperangan, Iran akan menjadi semakin kuat, walaupun ini bukanlah apa yang dikehendaki oleh Tehran.” Rezaei turut memberi amaran sekiranya peperangan berlanjutan, Iran akan menggunakan…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 23.10.2026
BN, Pas umum calon di pentas sama
MELAKA 22 Okt. – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka serentak dengan Pas dan rakan strategiknya di pentas yang sama pada Sabtu ini. Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, BN akan bertanding di 21 kerusi, manakala Pas dan rakan strategiknya akan bertanding di tujuh kerusi berdasarkan pembahagian yang dipersetujui, setakat ini. “Insya-Allah di pentas yang sama dan di dewan yang sama kita akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan…
Read MorePN akan panggil Bersatu hadiri mesyuarat
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Perikatan Nasional (PN) berhasrat menjemput Bersatu menghadiri mesyuarat gabungan itu dalam masa terdekat, selepas penangguhan penggantungan dan pendaftaran oleh Mahkamah Tinggi. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata PN akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan tindakan RoS terhadap PN. “Kita akan mengadakan mesyuarat PN dalam masa terdekat dan menjemput Bersatu untuk hadir,” katanya pada sidang media selepas prosiding mahkamah di sini, hari ini. Jemputan kepada Bersatu itu dibuat ketika pertikaian dalaman gabungan berkenaan setelah parti…
Read MoreRamanan cabar Rafizi kemuka bukti
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Naib Presiden PKR, R. Ramanan mencabar bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau menerima RM9.5 juta daripada seorang ahli perniagaan, bagi menyelesaikan isu ‘mafia korporat’. Menteri Sumber Manusia itu berkata, dakwaan itu telah berlarutan selama enam hingga tujuh bulan, namun Rafizi masih belum mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan berkenaan sebaliknya terus mengulangi dakwaan tanpa sokongan dokumen. “Mana bukti dia? Tujuh bulan sudah. Enam bulan atau tujuh bulan saya pun dah lupa dah. Dia cakap ada bukti, ada bukti, ada bukti. Satu…
Read More“PN kembali, PN kembali”
KUALA LUMPUR 22 Okt .- “Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak. Saya cuma mahu menyatakan dua perkara. PN kembali! PN kembali!” kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan. Kenyataan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi, di sini hari ini membenarkan permohonan beliau untuk menangguhkan pelaksanaan penggantungan dan pembatalan pendaftaran PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Keputusan itu melegakan gabungan berkenaan hanya sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka. Bercakap pada sidang media selepas prosiding itu, Takiyuddin merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam…
Read MoreNotis RoS batal pendaftaran PN digantung
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk menggantung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang membatalkan pendaftaran gabungan itu dua hari lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Azizan Md Arshad, memutuskan bahawa pembatalan pendaftaran PN pada 20 Oktober lalu tidak secara automatik menjadikan permohonan penangguhan itu tidak lagi relevan. Keputusan itu dibuat hanya sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, dengan PN berusaha mengekalkan hak untuk bertanding menggunakan nama dan lambangnya sendiri. Azizan berkata, mahkamah mendapati…
Read MorePan Borneo Sabah hadapi kekangan
KOTA KINABALU 22 Okt. – Kelewatan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1, dipengaruhi peralihan model pengurusan, gangguan pandemik Covid-19 serta isu pengambilan tanah dan pengalihan utiliti. Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Joachim Gunsalam, berkata pelaksanaan projek mega itu turut berdepan cabaran dari segi tenaga kerja, rantaian bekalan bahan binaan dan kerja pelebaran jalan sedia ada yang perlu dilakukan tanpa menjejaskan kelancaran trafik. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada penyelesaian di tapak serta penambahbaikan pengurusan projek bagi menangani kelewatan berkenaan. “Kerajaan mengakui kelewatan berlaku dan memberi…
Read MoreLarangan bukan sekadar asal usul Waze
SEPANG 22 Okt . – Keputusan kerajaan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam bukan hanya berdasarkan asal usul teknologi itu, tetapi turut mengambil kira undang-undang yang mengawal selia data pengguna. Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam kenyataannya hari ini memaklumkan keputusan itu berasaskan dua pertimbangan utama. Pertama, skop data terperinci yang dikumpulkan oleh Waze, termasuk data lokasi, pergerakan, perjalanan dan maklumat peranti pengguna; Kedua, kemas kini Terma Penggunaan Waze yang menetapkan penggunaan aplikasi itu tertakluk kepada undang-undang Israel dan bidang kuasa eksklusif mahkamah di Tel Aviv. “Data adalah…
Read More