JUMILLA, Sepanyol – Penggunaan kemudahan awam seperti pusat sivik dan gimnasium oleh umat Islam dilarang untuk menyambut perayaan agama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Larangan yang dilaksanakan di Jumilla, wilayah Murcia itu, adalah yang pertama seumpamanya di Sepanyol. Langkah itu diperkenalkan oleh Parti Rakyat (PP) yang berhaluan konservatif dan diluluskan dengan abstain (berkecuali) daripada parti sayap kanan ekstrem Vox, manakala parti-parti berhaluan kiri tempatan menolak cadangan itu. Cadangan itu menyatakan ‘kemudahan sukan milik majlis perbandaran tidak boleh digunakan bagi sebarang aktiviti keagamaan, kebudayaan atau sosial yang asing daripada identiti…
Read MoreCategory: BERITA
Media Hari Ini Jumaat 08.08.2025
Tanpa penyapu, BN terus tewas di Selangor
SEPANG 8 Ogos – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo hairan dengan reaksi pemimpin UMNO terhadap keputusannya menyertai Bersatu walaupun beliau dianggap tidak ada nilai tambah dalam parti yang memperjuangkan orang Melayu. Dr Mohamad Khir tidak menyangka menjadi sasaran hentaman oleh pemimpin pemimpin UMNO yang kini bersama DAP. Menerusi hantaran di Facebook, beliau tampil menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan pimpinan UMNO bagi menggambarkan beliau tidak lagi relevan kepada parti itu dan ‘menyambut baik penghijrahan itu. Mohamad Khir mempertahankan tindakannya memberi penyapu kepada pegawai kerajaan negeri yang dianggap gagal…
Read MorePN sudah maklum isu 6 ahli Parlimen
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Perikatan Nasional (PN) sudah pun menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, sebaik saja enam ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin berkata, beliau hairan dengan kenyataan Johari semalam yang mengesahkan tidak menerima maklumat secara hitam putih berhubung kedudukan enam ahli Parlimen berkenaan. Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan, sudah jelas menyatakan mana-mana setiausaha agung parti hendaklah memaklumkan perkara itu kepada Speaker. “Mengikut Akta Anti Lompat Parti, setiausaha agung mana-mana parti hantar surat kepada Speaker memaklum, melaporkan perkara itu. Ia terkandung…
Read MoreUsul tunggu keputusan Jawatankuasa Parlimen
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Cadangan Perikatan Nasional (PN) untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) tidak mahu melangkaui ‘aturan’ dan sebarang strategi perlu dirangka dengan teratur. Sebelum ini, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung kenyataan mengenai Dr Mahathir Mohamad dan isu Pulau Batu Puteh. “Bila kita nak buat sesuatu, kita sudah ada step…
Read MoreMuhyiddin minta PM tarik balik, mohon maaf
KUALA LUMPUR 7 Ogos – “Tambun, mohon maaf saja. Tarik balik kenyataan, saya rela dan akan terima maafnya sekarang juga,” demikian nasihat Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Muhyiddin berkata, jika Anwar tidak meminta maaf, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Katanya, Perdana Menteri perlu memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu yang merupakan satu fitnah walaupun ada imuniti di dalam Dewan Rakyat. “Saya cuma nak minta satu perkara daripada Yang Amat Berhormat (YAB)…
Read MoreAir: Pulau Pinang, Selangor, Johor terbaik
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Syarikat air dari Pulau Pinang, Selangor dan Johor mencatatkan prestasi perkhidmatan pada tahap terbaik manakala di Perlis, Kedah dan Kelantan mencatatkan prestasi kurang memuaskan. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata, prestasi itu berdasarkan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan. Fadillah berkata tumpuan pihaknya sekarang adalah memastikan syarikat air di negeri berkenaan mencapai KPI terbaik, untuk memastikan keterjaminan bekalan dan kurangnya aduan pengguna iaitu rakyat terhadap perkhidmatan diberikan. “Jadi apa pun yang kita buat, sudah pasti kita memfokuskan…
Read MoreMalaysia kurang selesa prasyarat Deklarasi New York
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Malaysia mengambil sikap berhati-hati dengan prasyarat yang terkandung dalam Deklarasi New York untuk menubuhkan negara merdeka Palestin, biarpun secara prinsip setuju dan menyokong penuh hasrat itu. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata terdapat prasyarat yang bercanggah dengan dasar luar Malaysia dan menimbulkan rasa kurang selesa untuk memperakukan dokumen hasil yang dikeluarkan oleh negara-negara bersetuju. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan prasyarat berkenaan. “Sekarang sedang dibahaskan juga bahawa ada usaha dibuat untuk diadakan suatu pendamaian yang kekal dengan cara untuk negara Palestin yang merdeka ditubuhkan. “Kita bersetuju dengan tajuknya…
Read MoreBerita pilihan…
Mufti dilarang masuk Masjid Al-Aqsa
BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa Israel melanjutkan larangan masuk ke Masjid Al-Aqsa terhadap Mufti Besar Baitulmuqaddis dan Wilayah Palestin, Sheikh Mohammed Hussein, berikutan khutbah beliau yang mengkritik dasar Israel di Gaza. Peguam Sheikh Hussein memberitahu, larangan awal selama lapan hari itu kini dilanjutkan hingga enam bulan, sekali gus menghalang tokoh agama terbabit daripada memasuki tapak suci di Baitulmuqaddis Timur. Melalui khutbah Jumaat pada hujung Julai lalu, Sheikh Hussein mengecam dasar kebuluran yang dikenakan Israel terhadap dua juta penduduk Palestin di Gaza. Beliau kemudian dipanggil pihak berkuasa Israel pada 27 Julai lalu…
Read More