Negara-negara Islam perlu bertindak tegas

TEHRAN – Negara-negara Islam digesa bertindak secara kolektif dan tegas melalui diplomasi aktif bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza, satu malapetaka yang tidak dapat diterima oleh mana-mana insan yang berfikiran terbuka. Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang membuat gesaan itu berkata, negara-negara Islam perlu menghalang jenayah itu daripada berterusan. “Saya berharap negara-negara Islam akan bertindak dengan kesepakatan, penuh tanggungjawab, dan menggunakan diplomasi aktif serta tekanan diplomatik untuk menghalang jenayah itu daripada berterusan,” katanya dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam. Pezeshkian turut menegaskan sokongan tidak berbelah…

Read More

RON95 : MCMC siasat penafian Muhyiddin

SEPANG 6 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan segera dan sewajarnya berhubung satu dakwaan yang dinafikan oleh Ahli Parlimen Pagoh  Muhyiddin Yassin. Dalam kenyataan hari ini, MCMC berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada. “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil maklum kenyataan media Pejabat Perdana Menteri supaya siasatan dijalankan berhubung satu dakwaan yang telah dinafikan Ahli Parlimen Pagoh. MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih,” kata MCMC. Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim…

Read More

Bukan bumiputera hanya dapat tiga peratus”

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengesyorkan agar Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan setiap belanjawan menetapkan 10 peratus daripada apa yang diperuntukkan kepada bumiputera diberikan kepada bukan bumiputera. Katanya, ketika ini peruntukan yang diberikan kepada golongan bukan bumiputera di bawah belanjawan setiap tahun hanya sekadar tiga peratus daripada apa yang diberikan kepada golongan bumiputera. “Adakah peruntukan tiga peratus ini menunjukkan golongan bukan Bumiputera atau golongan Bumiputera yang diabaikan? “Justeru, saya ingin mengesyorkan agar RMK13 dan setiap belanjawan menetapkan 10 peratus daripada apa yang diperuntukkan kepada golongan Bumiputera…

Read More

6 bekas Ahli Parlimen Bersatu masih pembangkang

KUALA LUMPUR 6 Ogos  – Dewan Rakyat masih menganggap enam bekas ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai pembangkang walaupun telah mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim. Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul berkata, tiada maklumat secara hitam putih diterima daripada enam bekas ahli Parlimen Bersatu berhubung status mereka. “Setakat yang saya tahu, enam orang ini masih lagi pembangkang. Sebab tidak ada satu ayat pun yang ditulis kepada saya bahawa mereka ini meninggalkan pembangkang untuk menyertai kerajaan. “Jadi untuk itu, mereka masih di blok ini (pembangkang). Sebab itu…

Read More

DAPSY bebal ‘serang’ Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berterusan ‘menyerang’ Ketua Pemuda UMNO Malaysia,  Dr. Akmal Saleh – walaupun isu sebenar tidak melibatkan sentimen politik kepartian adalah satu tindakan bebal. Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Hafiz Ariffin berkata, dalam isu Jalur Gemilang dipasang secara terbalik, teguran Dr. Akmal dibuat atas dasar semangat patriotisme dan tanggungjawab nasional terhadap pengawasan simbol negara. Beliau tidak menyentuh mana-mana parti politik. Namun, DAPSY lebih memilih untuk menyasarkan kritikan kepada beliau, seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada kecuaian sebenar yang berlaku. Namun, DAPSY lebih memilih untuk menyasarkan…

Read More

Thailand kemuka 8 syarat utama

BANGKOK – Lapan syarat utama dikemukakan Thailand untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) bersama Kemboja minggu ini, bagi  mengukuhkan gencatan senjata, menamatkan konflik serta memelihara keamanan antara kedua-dua negara. Timbalan Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit berkata syarat-syarat itu dibentangkan semasa hari kedua perbincangan antara Sekretariat GBC Thailand dan rakan sejawat dari Kemboja. “Lapan syarat yang dicadangkan oleh Thailand ini adalah berdasarkan perjanjian terdahulu dengan matlamat menyelesaikan pertikaian dan memupuk keamanan antara kedua-dua negara. “Sekiranya Sekretariat GBC Kemboja menerima cadangan ini, ia akan dibawa ke Mesyuarat Peringkat Menteri…

Read More

PRU Bangladesh sebelum Ramadan

DHAKA – Pilihan raya umum Bangladesh dijangka berlangsung pada Februari 2026, fasa terakhir dan paling penting – iaitu penyerahan kuasa kepada kerajaan yang dipilih secara sah. Pemimpin sementara negara itu, Muhammad Yunus mengumumkan demikian  sempena ulang tahun pertama penyingkiran bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina susulan kebangkitan rakyat tahun lalu. “Saya akan mengutus surat kepada Pesuruhjaya Pilihan Raya untuk memohon agar pilihan raya diadakan sebelum Ramadan pada Februari 2026,” kata Yunus dalam satu siaran khas yang disiarkan ke seluruh negara, semalam. Yunus, 85, penerima Hadiah Nobel Keamanan, kini mengetuai pentadbiran sementara…

Read More