BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa Israel melanjutkan larangan masuk ke Masjid Al-Aqsa terhadap Mufti Besar Baitulmuqaddis dan Wilayah Palestin, Sheikh Mohammed Hussein, berikutan khutbah beliau yang mengkritik dasar Israel di Gaza.
Peguam Sheikh Hussein memberitahu, larangan awal selama lapan hari itu kini dilanjutkan hingga enam bulan, sekali gus menghalang tokoh agama terbabit daripada memasuki tapak suci di Baitulmuqaddis Timur.
Melalui khutbah Jumaat pada hujung Julai lalu, Sheikh Hussein mengecam dasar kebuluran yang dikenakan Israel terhadap dua juta penduduk Palestin di Gaza.
Beliau kemudian dipanggil pihak berkuasa Israel pada 27 Julai lalu sebelum diserahkan perintah pengusiran selama lapan hari dari kawasan masjid – yang tempohnya kini telah diperbaharui.
Tindakan Israel itu turut mendapat kecaman Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin yang menyifatkan larangan berkenaan sebagai cubaan terancang untuk menyingkirkan tokoh agama dari Masjid Al-Aqsa.
Nnnn
