Tanpa penyapu, BN terus tewas di Selangor

SEPANG 8 Ogos – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo hairan dengan reaksi pemimpin UMNO terhadap keputusannya menyertai Bersatu walaupun beliau dianggap tidak ada nilai tambah dalam parti yang memperjuangkan orang Melayu.

Dr Mohamad Khir tidak menyangka menjadi sasaran hentaman oleh pemimpin pemimpin UMNO yang kini bersama DAP.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau tampil menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan pimpinan UMNO bagi menggambarkan beliau tidak lagi relevan kepada parti itu dan ‘menyambut baik penghijrahan itu.

Mohamad Khir mempertahankan tindakannya memberi penyapu kepada pegawai kerajaan negeri yang dianggap gagal mencapai sasaran kutipan cukai sekali gus menolak tanggapan bahawa ia punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lampau.

Katanya, keputusan kerajaan negeri memberikan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal itu dibuat menerusi satu mesyuarat yang turut disertai pegawai kerajaan tempatan berkaitan.

Bagaimanapun, menurutnya, pegawai yang berhasil mencapai sasaran pula diberi hadiah lawatan sambil belajar untuk mengurangkan tunggakan di PBT.

“Harus diingat pada PRU yang sama, BN kalah juga di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu. BN Selangor kalah lagi teruk bila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib jadi pengerusi BN Selangor, dari 21 kerusi tinggal 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tanpa penyapu pun, BN terus tewas dari 12 kepada enam kerusi DUN. Dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) dengan bantuan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO hanya menang dua kerusi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Katanya, berikutan kekalahan itu, tidak ada seorang pun ketua bahagian yang mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan mereka berbanding beliau yang meletak semua jawatan di dalam parti.

“Pemimpin sekarang dah kalah dalam pilihan raya pun masih pegang jawatan dalam parti. Tepuk air dalam dulang akhirnya muka sendiri yang basah. Paku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih,” katanya.

Sebelum ini, seorang pemimpin UMNO membidas keputusan Mohamad Khir yang menyertai Bersatu  selain membangkitkan isu hadiah penyapu kepada PBT tertentu sebagai punca kejatuhan BN di negeri tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Bersatu kerana menerima penyertaan Mohamad Khir yang juga merupakan bekas ADUN Sungai Panjang.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan beliau melobi untuk menjadi calon pada PRU15, beliau menjelaskan kehadiraanya menemani Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah adalah sebagai seorang sahabat.

Beliau sedih melihat tidak ada orang yang menemani Ahmad Zahid ,soal beliau bersalah atau tidak itu urusan mahkamah.

“Saya tak pernah meminta untuk menjadi calon. Sebab itu saya terus dokong UMNO” katanya yang sedih melihat tidak ada orang yang menemani Ahmad Zahid.

Berkaitan isu banduan, beliau sedar dengan kesilapan yang dilakukan dengan  membeli rumah lebih murah dari harga sebelumnya dan redha dengan apa yang berlaku serta selesai menjalani hukuman.

“Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Cuma terkilan, kes yang  sama berlaku pada Lim Guang Eng tetapi dia diberi mahkamah dilepas dan bebas (DNAA). Saya tak pohon pun untuk dapat DNAA macam pemimpin lain,” katanya.

Beliau turut menegaskan jika bekas banduan tidak boleh aktif semula dalam politik, maka perkara yg sama perlu dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Guan Eng.

“Pandangan saya pada mereka yang taksub politik pada seseorang ini, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, Sebelum tulis, fikir supaya bos yang diagungkan tidak terasa hati seperti diperli oleh penyokong sendiri,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment