Usul tunggu keputusan Jawatankuasa Parlimen

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Cadangan Perikatan Nasional (PN) untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) tidak mahu melangkaui ‘aturan’ dan sebarang strategi perlu dirangka dengan teratur.

Sebelum ini, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung kenyataan mengenai Dr Mahathir Mohamad dan isu Pulau Batu Puteh.

“Bila kita nak buat sesuatu, kita sudah ada step (langkahnya). Pertamanya kita sudah buat untuk bawa YB (Yang Berhormat) Tambun (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Sebelum ini, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan mengemukakan usul kepada Johari  untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung kenyataan mengenai  Dr Mahathir dan isu Pulau Batu Puteh.

Kita nak tengok respon Speaker. Selepas itu, baru kita bawa satu lagi (usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri). Tak boleh melangkaui ini sebab kita nak buat itu dulu,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, PN memberi bayangan akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Anwar sebelum ini mencabar Hamzah untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya kerana sudah menunggu tiga tahun ia dibawa ke Parlimen.

Related posts

Leave a Comment