Awasi penggodaman, salah guna AI

MAKKAH – Imam Masjidilharam Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI). Melalui khutbah Jumaat semalam, Al-Sudais turut mengingatkan taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin serta ulama. Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), khutbah itu menekankan kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pembangunan negara. Beliau pada masa sama memuji tahap kesedaran awam yang semakin tinggi terhadap khabar angin berunsur fitnah dan menyeru umat Islam agar tidak secara tidak sedar menjadi alat kepada musuh. Menurutnya, kesedaran masyarakat…

Read More

PRN Sabah: GRS sedia bertanding solo

KOTA KINABALU 9 Mei – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang dengan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri Sabah, selaras dengan realiti, budaya dan keperluan rakyat negeri ini. “Sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, maka GRS bersedia untuk bertanding secara solo “Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita…

Read More

Rafizi atur Jelajah HIRUK mulai Ahad

SEPANG 9 Mei – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 23 Mei ini akan menggerakkan jelajah 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗱𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗨𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 (HIRUK) bermula Ahad ini. Katanya, jelajah itu adalah satu usaha untuk memastikan Keadilan kekal teguh dengan idealisme reformasi, lebih-lebih lagi ketika berada di tampuk kuasa. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau telah menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan mengalu-alukan penyertaan calon lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat demokrasi dalam parti. “Saya bersama rakan-rakan akan turun ke negeri-negeri untuk bertemu…

Read More

Azam Baki dilantik semula ketuai SPRM

PUTRAJAYA  9 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei ini. Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, pelantikan semula bagi tempoh sehingga 12 Mei 2026 itu selaras dengan Subsekyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], “Pelantikan semula ini berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM,” kata kenyataan itu. Azam, 62, yang dilantik ke jawatan itu pada 9 Mac 2020 sebelum ini sudah…

Read More

Nurul Izzah ketepi label parti anak beranak

SEPANG 9 Mei – Nurul Izzah Anwar hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 23 Mei ini walaupun memahami ia mengundang persepsi pelbagai pihak mengenai “Parti Anak Beranak”. Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah yang akan mencabar penyandang jawatan Rafizi Ramli menjelaskan, jika beliau memilih untuk kekal bertanding jawatan Naib Presiden pada  kali ini, gelaran yang sama akan tetap wujud. “Walau apa jua gelaran dan persepsi yang dilemparkan selama puluhan tahun, saya tetap akan terus berkhidmat, kerana yakin proses bertanding secara terbuka lantas mendapat…

Read More

Akmal tidak risau jika dicabar DAP di Merlimau

SEPANG 9 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh tidak risau dan takut malah mengalu-ngalukan pemimpin besar DAP atau Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang diwakilinya. Exco Kerajaan Neger Melaka itu menjawab sindiran Ketua Pemuda DAP Melaka Cassel Krishnan yang mendakwa Akmal tiba-tiba ‘goyang’ dan bertanyakan sama ada Akmal risau DAP akan bertanding di DUN Merlimau. “Kalau kamu berani,kamu pon boleh bertanding di Merlimau jika pemimpin DAP yang lain takut. Tetapi untuk serahkan kerusi percuma pada kamu,mpantang anak Melayu mengalah. Jom kita lawan…

Read More

Pemuda DAP dakwa Akmal angkuh

SEPANG 9 Mei –  Pemuda DAP (DAPSY) mempertahankan cadangan akar umbi parti itu agar pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibuat secara sama rata 14-14 antara BN dan PH. Naib Ketuanya, Liinesh Selluandan cadangan tersebut bukan keputusan rasmi DAP Melaka atau PH Melaka, sebaliknya ia adalah suara akar umbi yang kemudiannya diperlekeh oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh. Katanya, Dr Akmal dengan gaya politik “samseng dan angkuh” menolak cadangan itu sedangkan beliau bukan Presiden UMNO, bukan Pengerusi BN, dan jauh sekali jurucakap rasmi Kerajaan Perpaduan. “Siapa beliau untuk…

Read More

Nurul Izzah ada hak bertanding

JOHOR BAHRU 9 Mei  – Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sekali lagi mempertahankan Nurul Izzah Anwar jika anak sulung Anwar Ibrahim itu memutuskan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti. Seperti ditegaskan sebelum ini, beliau berkata, sokongan terhadap pencalonan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk bertanding jawatan No.2  pada pemilihan kali ini, tidak menyebabkan nepotisme dalam parti. “Ini bukan nepotisme, Nurul Izzah mempunyai meritnya untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR,” katanya kepada media selepas menyerahkan rumah pam air di Kampung Belantik, di sini. Tambahnya, sokongan diterima Nurul…

Read More

BN – PH sepakat hadapi PRN Sabah

KUALA LUMPUR 9 Mei  – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung pada tahun ini. Keputusan itu dicapai pada satu mesyuarat kepemimpinan tertinggi antara Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi semalam. Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan bersama hari ini, berkata kerjasama itu termasuk hal pembahagian kerusi. “Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama…

Read More