SEPANG 9 Mei – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 23 Mei ini akan menggerakkan jelajah ๐๐ถ๐ฑ๐๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฑ๐ฒ๐ฎ๐น๐ถ๐๐บ๐ฒ ๐ฅ๐ฒ๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐จ๐ท๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐๐ฎ (HIRUK) bermula Ahad ini.
Katanya, jelajah itu adalah satu usaha untuk memastikan Keadilan kekal teguh dengan idealisme reformasi, lebih-lebih lagi ketika berada di tampuk kuasa.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau telah menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan mengalu-alukan penyertaan calon lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat demokrasi dalam parti.
โSaya bersama rakan-rakan akan turun ke negeri-negeri untuk bertemu anggota parti secara langsung, berkongsi pandangan dan menampilkan perancangan kami seterusnya,โ katanya dalam satu kenyataan.
Jelajah ๐๐๐ฅ๐จ๐ yang pertama adalah di zon negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada Ahad, 11 Mei di Klana Grand Ballroom Seremban bermula pukul 9 malam.
โTerima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus. Saya mohon doa dan dokongan semua agar kita terus hidupkan semangat reformasi, walau dalam ujian kuasa,โ katanya.
Poster jelajah HIRUK itu menunjukkan, antara pemimpin yang akan bersama beliau adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ketiga-tiga mereka akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang setakat petang ini menarik perhatian 10 orang calon termasuk Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang akan mempertahankan jawatan.
Enam lagi yang turut bersaing bagi jawatan Naib Presiden adalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan; Timbalan Ketua Penerangan I PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R Ramanan serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Turut menyertai saingan ialah ahli MPP PKR, Abun Sui Anyit, Hee Loy Sian dan R Yuneswaran.
Nnn
