MAKKAH – Imam Masjidilharam Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI).
Melalui khutbah Jumaat semalam, Al-Sudais turut mengingatkan taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin serta ulama.
Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), khutbah itu menekankan kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pembangunan negara.
Beliau pada masa sama memuji tahap kesedaran awam yang semakin tinggi terhadap khabar angin berunsur fitnah dan menyeru umat Islam agar tidak secara tidak sedar menjadi alat kepada musuh.
Menurutnya, kesedaran masyarakat merupakan asas utama kepada keselamatan sosial sesebuah negara.
Al-Sudais turut menegaskan kepentingan masyarakat sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang pelanggaran, memahami bentuk penipuan serta berwaspada terhadap kempen Haji yang menyeleweng.
Nnnn