Gencatan senjata India, Pakistan

NEW DELHI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendedahkan India dan Pakistan bersetuju melaksanakan satu gencatan senjata pada Sabtu selepas tentera kedua-dua pihak saling berbalas serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan ‘gencatan senjata sepenuhnya serta-merta’ hasil usaha perantaraan yang diketuai AS bagi menamatkan ketegangan. Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata beliau dan Naib Presiden JD Vance telah berhubung dengan pegawai kanan India dan Pakistan. Katanya, AS menghubungi Perdana Menteri India, Narendra Modi; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Syed Asim Munir,…

Read More

PKR harap masih ada perbincangan PRN

KOTA KINABALU 10 Mei – PKR Sabah masih berharap ada perbincangan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) di negeri itu, kata Ketuanya, Mustapha Sakmud. Beliau berkata kerjasama dengan GRS penting bagi mengelak pergeseran dan pertembungan yang tidak selari dengan amalan Kerajaan Perpaduan sekarang. Justeru beliau berharap, akan ada perbincangan mengenai perkara itu di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Menteri Sabah,  Hajiji Noor apabila kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu sempena Program Madani Rakyat di Tawau, esok. “Soal kerusi kita boleh berunding…

Read More

Tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’.

SEPANG 10 Mei – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi tahun 2025-2028 dengan membawa tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’. Ahli Parlimen Gombak itu yang mengesahkan penyertaannya berkata, tawaran itu sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi Reformasi dan teras Kerajaan Perpaduan. Amirudin dalam kenyataan, berkata matlamat utama pemilihan kali ini adalah untuk membentuk satu pasukan yang berkeupayaan melaksanakan cita-cita Reformasi serta berkhidmat dan bekerja mendokong kepemimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal kedua. “Menginsafi matlamat serta…

Read More

BN pertahan kerusi dimenangi di Melaka

MELAKA 10 Mei – Setakat ini, UMNO kekal dengan prinsip asas disepakati Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) supaya mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata justeru, BN tetap bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dikuasai parti itu. “Prinsip asas disepakati pimpinan BN dan PH ialah kerusi dimenangi kekal dengan parti tersebut. Di Melaka, BN kekal 21 kerusi dan PH lima kerusi, manakala dua kerusi Perikatan Nasional (PN) akan dirundingi,” katanya dalam…

Read More

251 calon tawar diri, 12 Naib Presiden

KUALA LUMPUR 10 Mei – Sebanyak 251 calon menawarkan diri bertanding pada Pemilihan PKR 2025 bagi merebut tempat dalam senarai pimpinan peringkat Pusat, termasuk sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK). Daripada jumlah itu, 104 pencalonan diterima bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 85 bagi Majlis Pimpinan AMK dan 61 bagi Majlis Pimpinan Wanita PKR. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa, berkata penyertaan memberangsangkan itu membuktikan PKR tidak ketandusan bakat pelapis. Katanya, penyertaan seramai itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan PKR sebagai wadah perjuangan yang sentiasa memberi ruang kepada…

Read More

Peluang perkukuh asas perjuangan parti

SEPANG 10 Mei – Pemilihan Keadilan 2025 bukan sekadar soal pengisian jawatan, tetapi peluang untuk memperkukuh asas perjuangan parti, menyemarakkan semula semangat reformasi dan merapatkan pasukan bagi menghadapi cabaran termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Naib Presiden PKR,  Aminuddin Harun berkata, pemilihan ini adalah medan persaingan sihat yang perlu dilihat dan dirangkum dalam perspektif yang luas dalam mendepani cabaran politik tanah air dan memenuhi harapan rakyat. Justeru, Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang menawarkan diri mempertahankan jawatan Naib Presiden berharap seluruh ahli parti terus bersatu, menjunjung prinsip keadilan dan…

Read More

Saifuddin Nasution tidak ikut serta

SEPANG 10 Mei – Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail tidak mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu membuat keputusan tidak meneruskan pencalonan pada pemilihan PKR 2025 bagi sebarang jawatan hasil perbincangan dengan ramai pihak termasuklah kepemimpinan utama parti. Keputusan itu disahkan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Saifuddin Nasution, Omar Mokhtar A Manap dalam satu kenyataan media. Saifuddin sebelum ini disebut-sebut akan menawarkan diri untuk jawatan itu yang kini disandang oleh Datuk Seri Rafizi Ramli yang…

Read More

Mekanisme baharu bantuan Gaza

BAITULMUQADDIS – Mekanisme baharu yang disokong Amerika Syarikat (AS) bagi menyalurkan bantuan ke Gaza dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Perkara itu diumumkan Duta AS ke Israel, Mike Huckabee, menjelang lawatan Presiden AS, Donald Trump ke Asia Barat. Bagaimanapun butiran pelaksanaan mekanisme berkenaan masih belum jelas memandangkan tiada gencatan senjata diumumkan. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk Gaza kini berdepan dengan risiko kebuluran susulan sekatan bantuan selama berbulan-bulan yang dikenakan oleh Israel di kawasan berkenaan. Israel mendakwa mereka akan memperluaskan kempen ketenteraannya terhadap pejuang Hamas selepas memungkiri gencatan senjata pada Mac…

Read More