Masuk Britain tanpa kuarantin

LONDON: Pengembara dari Amerika Syarikat dan Eropah yang lengkap divaksin diberi kelonggaran untuk memasuki Britain tanpa perlu menjalani kuarantin.

Langkah itu yang berkuat kuasa Isnin ini adalah bagi memulihkan kembali industri pelancongan di negara itu.

Menurut Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, kumpulan yang dibenarkan adalah mereka yang sudah disuntik vaksin yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) dan Agensi Perubatan Eropah.

Mereka perlu jalani ujian saringan sebelum dan 10 hari selepas memasuki England.

Bagi fasa pertama, adalah membenarkan pengembara yang sudah divaksin di UK untuk masuk dan keluar negara.

Fasa kedua yang diumumkan hari ini berkuatkuasa Isnin, membenarkan mereka yang sudah divaksin di Eropah atau Amerika Syarikat mengembara ke sini.

“Sementara fasa ketiga akan meneliti perkembangan di negara-negara lain, data mereka dan vaksin yang digunakan. Kami jangkakan secara praktikalnya akan membuka sempadan pada Ogos,” katanya.

Kelonggaran ini turut terpakai bagi Scotland, namun Wales dan Ireland Utara belum buat keputusan mengenai perkara sama.

Bagaimanapun, kelonggaran ini tidak diberikan kepada pengembara dari Perancis.

Mereka perlu jalani kuarantin susulan penilaian risiko yang tinggi di negara itu.

Related posts

Leave a Comment