MAKKAH – Kementerian Haji Saudi mengingatkan jemaah haji supaya bersedia dari segi mental dan fizikal, bagi menghadapi jangkaan suhu semasa melampau yang mencecah antara 45 dengan 50 darjah Celsius di Makkah. Menurut satu kenyataan, setakat ini suhu di kota suci Madinah sudah mencecah 41 darjah Celcius. “Tahun ini cuaca dijangka sangat panas dan kering. Suhu boleh mencecah melebihi 45 darjah Celsius dan di Madinah, setakat ini sudah mencecah 41 darjah Celsius. Kita harus bersedia dari segi mental dan fizikal,” kata kenyataan itu. Susulan musim haji 2025 semakin hampir, jutaan jemaah…
Read MoreAuthor: Hassan Mohd. Noor
Rekod lebih 25,000 penumpang sehari
JAKARTA – Kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung, di Indonesia, yang dikenali sebagai Whoosh, mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, tertinggi sejak perkhidmatan itu bermula Oktober 2023. Konsortium usaha sama antara syarikat Indonesia dan China yang membina dan mengendalikan perkhidmatan itu, PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC), memaklumkan kereta api itu telah membawa 25,316 penumpang pada Sabtu. Jumlah itu mengatasi rekod terdahulu sebanyak 24,350 penumpang yang dicatat pada 27 Januari 2025. Sejak mula beroperasi pada Oktober 2023, Whoosh telah mengangkut sejumlah 9.2 juta penumpang. Menurut Pengurus Besar Setiausaha…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 12.05.2025
Kerjasama PH, BN, GRS demi kestabilan
TAWAU 11 Mei – Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang amat penting bagi menjamin kestabilan politik peringkat nasional dan Sabah. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, kerjasama itu masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan lagi. “Kenyataan berhubung kesepakatan PH, BN Sabah sebelum ini hanya di peringkat antara kedua-dua parti itu dan belum melibatkan GRS. “Kita (ingin) bekerjasama dengan tentunya UMNO-BN dan GRS sebab itu saya datang (ke Tawau) juga dan mengadakan beberapa…
Read MoreSerah agihan kerusi kepada pemimpin
KUALA LUMPUR 11 Mei – Pemuda, sayap parti UMNO dinasihatkan supaya menyerahkan soal pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada pucuk pimpinan. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya melihat soal dibangkitkan oleh sayap parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk UMNo sendiri, Amanah amat pramatang untuk dipolemikkan. “Saya nasihatkanlah supaya sayap mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan, soal yang mereka bangkitkan itu biar ditentukan pucuk pimpnan parti masing-masing. Jangan melayani emosi dan juga analisis perspektif masing-masing. Soal itu terutamanya pembahagian kerusi dan sebagainya serahkan kepada…
Read MorePesan kepada ahli, ingatan kepada sekutu, seteru
KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO yang menyambut ulang tahunnya yang ke-79 hari ini mengingatkan sekutu dan seteru politiknya supaya tidak meragui kepercayaan dan menjaga batas sempadan. Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkata, sebagai parti yang mengamalkan politik kesederhanaan, UMNO menolak politik ekstremisme, retorik perkauman, dan perpecahan. “Pesan saya buat kawan atau lawan, jangan meragui kepercayaan dan jagalah batas sempadan. “Api kecil yang dijaga rapi, jika dikhianati, akan menjulang menjadi bara. Bila ia marak, panasnya tak tertahan, nyalanya tak terelak – bimbang ia membakar semua…tanpa memilih rupa dan badan,” katanya semasa…
Read MoreTidak boleh leka hadapi ‘perang lebih besar’
KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO mesti melangkah ke ‘medan perang’ pilihan raya dengan naratif yang lebih segar, komunikasi yang lebih strategik dan gerak kerja yang lebih tajam, tuntas serta berani, kata Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, UMNO tidak boleh leka walaupun sedang melalui tanda kebangkitan dengan kemenangan hatrik melalui pilihan raya kecil (PRK) di Nenggiri, Kelantan; Mahkota, Johor dan terkini Ayer Kuning, Perak. Ahmad Zahid berkata UMNO perlu lebih bersedia berdepan dengan medan peperangan jauh lebih besar selepas ini termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor,…
Read More1976 kali terakhir antraks di Malaysia
PUTRAJAYA 11 Mei – Tiada sebarang laporan berkenaan penyakit antraks di negara ini sejak Malaysia bebas daripada penyakit itu dengan kes terakhir yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada 1976. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) bagaimanapun memandang serius wabak penyakit itu yang menyebabkan satu kematian manusia yang disahkan akibat jangkitan antraks pada 1 Mei lalu di Thailand. Sebelum ini, Jabatan Kawalan Penyakit (DDC), Thailand memaklumkan kes tersebut dikaitkan dengan penyembelihan lembu dan pengambilan daging mentah di Daerah Don Tan, Wilayah Mukdahan di timur laut Thailand yang bersempadan…
Read MoreBerita pilihan….
Bangladesh haramkan Liga Awami
DHAKA – Liga Awami, parti politik diterajui bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina diharamkan sementara menunggu penghakiman perbicaraan susulan protes besar-besaran yang mendorong peletakan jawatan Perdana Menteri tahun lalu. Hasina ketika ini kekal hidup dalam buangan di India dan beliau turut mengingkari waran tangkap dari Dhaka atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan. Penasihat Undang-Undang dan Keadilan, Asif Nazrul, memberitahu pengharaman aktiviti termasuk di ruang siber membabitkan Liga Awami di bawah Akta Anti-Keganasan sudah diputuskan sehingga perbicaraan membabitkan parti itu dan pemimpinnya berakhir. Nazrul berkata keputusan itu diambil untuk memastikan ‘kedaulatan dan keselamatan’…
Read More