Mantan Presiden menang Datuk Bandar Davao

MANILA –  Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, Mac lalu sekali lagi memenangi kerusi Datuk Bandar Davao City dalam pilihan raya pertengahan penggal tahun ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan awal selepas lebih 60 peratus undi dikira, Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya. Beliau sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dan kemudiannya dibawa ke ICC, di mana beliau masih ditahan. Duterte, ditahan di Manila oleh pihak polis susulan waran…

Read More

Riyadh sambut lawatan Trump

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan tiba di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa, bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Asia Barat selepas memegang jawatan itu bagi penggal kedua Januari lalu. Lawatan empat hari itu turut merangkumi persinggahan di Doha, Qatar dan Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menyamai kunjungan sulung antarabangsa beliau pada 2017 yang menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pertama. Semasa di Riyadh, Trump dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, selain menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara Teluk serta…

Read More

Undilah Nurul Izzah, itu sahaja pilihan – Rafizi

KULIM 12 Mei – “Undilah Nurul Izzah saudara saudari,” itu kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum beliau mengakhiri  ucapan pada siri Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Rakyat (HIRUK) di Kedah, malam ini. Menteri Ekonomi itu berkata, itu sahaja pilihan keputusan yang ada kerana jika Nurul Izzah tewas, perkara itu dikhuatiri akan dijadikan naratif atau polemik bahawa anggota parti telah menolak presiden sendiri iaitu Anwar Ibrahim. “Kalau Izzah kalah (Timbalan Presiden PKR), apa mesejnya kepada rakyat? Mesejnya, anggota PKR menolak Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) …kalau (Nurul Izzah) kalah…jadi sebab…

Read More

Kes HFMD meningkat 266 peratus

PUTRAJAYA 12 Mei – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara menunjukkan peningkatan 266 peratus, dengan 99,601 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 2025 (ME 17/2025) berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu 10,421 kes (10 peratus) adalah berkaitan wabak, manakala 89,180 kes (90 peratus) berlaku secara sporadik dan setakat ini tiada kematian berkaitan HFMD dilaporkan. Lima negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi adalah Selangor dengan 27,118 kes (27.2 peratus), diikuti Johor 9,864 kes (9.9 peratus), Perak 9,347 kes…

Read More

Tekad Azam Baki selepas dilantik semula

PUTRAJAYA 12 Mei –  Azam Baki menyatakan komitmen untuk terus menerajui agensi penguat kuasa dalam membanteras segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Katanya, langkah itu adalah demi mewujudkan sebuah negara yang makmur, adil dan sejahtera. “SPRM juga komited untuk meningkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara agar Malaysia terus dihormati dan diyakini di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan susulan pelantikan semula beliau mengetuai SPRM. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Azam…

Read More

8 ekor gajah mati nahas jalan raya sejak 2020

CHUKAI 12 Mei – Sebanyak 2,361 kematian membabitkan pelbagai spesies haiwan termasuk lapan ekor gajah direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara dalam tempoh 2020 hingga semalam. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Pahang merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 765 kes diikuti, Perak (478 kes), Kelantan (224 kes), Terengganu (201) dan Negeri Sembilan (187 kes). Katanya, lapan gajah yang direkodkan mati akibat dilanggar kenderaan adalah satu kematian pada 2020, dua pada 2021, manakala dua pada 2024 dan tahun ini, tiga ekor setakat bulan Mei.…

Read More

Kini MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

KEPALA BATAS 12 Mei – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, di sini, secara rasminya dinamakan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penghargaan besar terhadap jasa Perdana Menteri kelima itu. Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penamaan semula institusi berkenaan adalah sebagai pengiktirafan dan penghormatan khas kepada Tun Abdullah yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyempurnakan Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini hari ini. Menurutnya, sebagai menghargai jasa dan sumbangan Abdullah, beliau juga mahu…

Read More

Berpusu sertai PKR, Pas pula lebih dipercayai

SEREMBAN 12 Mei – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, ramai yang berpusu-pusu menyertai parti itu untuk mengejar jawatan dan kuasa sehingga wujud gerakan untuk menjatuhkan ‘orang lama’ yang jatuh bangun bersama parti. Di pentas Jelajah Hiruk, kempen Pemilihan PKR 2025 di sini malam tadi, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi turut mendedahkan, dalam isu membanteras rasuah, Pas lebih dipercayai berbanding PKR. masih lagi berada di belakang dengan hanya lapan peratus berbanding Pas yang berada di depan dengan 29 peratus. Jelajah Hiruk Zon Melaka dan Negeri Sembilan di Klana Resort, itu…

Read More