MANILA – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, Mac lalu sekali lagi memenangi kerusi Datuk Bandar Davao City dalam pilihan raya pertengahan penggal tahun ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan awal selepas lebih 60 peratus undi dikira, Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya.
Beliau sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dan kemudiannya dibawa ke ICC, di mana beliau masih ditahan.
Duterte, ditahan di Manila oleh pihak polis susulan waran tangkap ICC berkaitan dengan operasi perang dadahnya yang membunuh puluhan ribu mangsa.
Menurut ICC, pemimpin berusia 79 tahun itu berdepan tuduhan ‘jenayah terhadap kemanusiaan iaitu pembunuhan’.
Ia berkaitan dengan tindakan kerasnya, yang menurut kumpulan hak asasi, meragut nyawa puluhan ribu lelaki miskin yang didakwa terbabit debngan dadah, kebanyakannya tanpa bukti jelas pembabitan mereka.
NNNN