NEW YORK – Pelan pengagihan bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang dicadangkan Israel dan disokong Amerika Syarikat (AS) didakwa sebagai satu muslihat licik, serta gangguan yang disengajakan. Ketua bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tom Fletcher yang mengecam pelan itu berkata, kawalan sepenuhnya terhadap setiap bantuan yang mahu diagihkan itu sebagai helah Israel untuk meneruskan keganasan dan pengusiran rakyat Palestin di wilayah bergolak itu. Sejak Mac lalu, tiada bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza dan pemantau kebuluran global memberi amaran bahawa setengah juta orang kini berdepan kebuluran, iaitu suku daripada jumlah penduduk…
Read MoreAuthor: Hassan Mohd. Noor
Perjanjian pertahanan Arab – AS
RIYADH – Arab Saudi dijangka menerima kelengkapan dan perkhidmatan peperangan canggih susulan perjanjian pertahanan antara kedua-dua negara bernilai hampir AS$142 bilion (RM614 bilion). Rumah Putih yang menyifatkannya sebagai ‘perjanjian jualan pertahanan terbesar dalam sejarah menyatakan lebih sedozen firma pertahanan AS akan menyediakan bekalan dan perkhidmatan itu. Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi Rumah Putih, perjanjian itu meliputi lima bidang utama iaitu pemodenan tentera udara dan keupayaan angkasa lepas, pertahanan udara dan peluru berpandu, keselamatan maritim dan pesisir pantai, keselamatan sempadan dan pemodenan pasukan darat, serta penaiktarafan sistem maklumat dan komunikasi.…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 14.05.2025
Jalin hubungan baik negeri, Pusat
KOTA KINABALU 13 Mei – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sepakat mahukan aspirasi tempatan menjadi asas perundingan gabungan politik Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Dua parti tempatan berasaskan Sabah itu masing-masing menjadi anggota komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Presiden UPKO, Ewon Benedick dan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup melalui satu kenyataan bersama, menyatakan aspirasi tempatan penting kepada gabungan besar politik bagi menghadapi PRN17. Kata mereka, pendekatan itu wajar dilaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian rakyat yang diperlukan untuk…
Read MorePDRM komited jaga kebajikan mangsa
TELUK INTAN 13 Mei – Waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, akan menerima pampasan serta bantuan kewangan berjumlah antara RM58,000 hingga RM269,700. Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia termasuk bantuan RM25,000 melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) kepada waris anggota terbabit. Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited menjaga kebajikan pegawai dan anggotanya, terutama dalam situasi kecemasan serta musibah yang menimpa mereka ketika menjalankan tugas rasmi. “Melalui Tabung Kebajikan, setiap anggota terbabit bencana kerja…
Read MorePenghormatan terakhir di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam
TELUK INTAN 13 Mei – Jenazah tujuh anggota beragama Islam dan dua jasad anggota bukan Islam yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam di Ipoh untuk diberi penghormatan terakhir. Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin berkata semua jenazah akan disolatkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Manakala jasad mendiang S. Perumal akan dibawa ke rumah keluarganya di Lahat, Ipoh, manakala jasad mendiang Nurit yang juga anggota Orang Asli akan…
Read MoreNahas trak FRU: PDRM lakukan siasatan menyeluruh
TELUK IINTAN13 Mei – Siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan kes kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini, akan dijalankan secara menyeluruh. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan juga akan memberi tumpuan kepada dakwaan bahawa lori berkenaan…
Read MorePemandu lori nahas FRU ada 6 rekod jenayah
TELUK INTAN 13 Mei – Pemandu lori yang terbabit kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), di sini, hari ini, didapati memiliki pelbagai rekod jenayah lampau, kebanyakannya berkaitan dadah. Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata pemandu berusia 45 tahun itu yang kini dalam tahanan polis juga dipercayai mempunyai beberapa saman trafik tertunggak. Noor Hisam berkata, hasil ujian air kencing awal terhadap pemandu lori membawa muatan batu itu menunjukkan keputusan negatif tetapi siasatan lanjut masih dijalankan. Beliau memberitahu demikian kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Teluk…
Read MoreRusia bertanggungjawab tembak MH17
SEPANG – Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 196 warganegara Belanda serta 38 warga dan penduduk Australia pada tahun 2014. Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan demikian menerusi kenyataan berasingan oleh kerajaan Belanda dan Australia, yang menyifatkannya sebagai satu langkah penting ke arah keadilan serta pertanggungjawaban terhadap mangsa dan keluarga mereka. Kes terhadap Rusia dibawa ke ICAO pada tahun 2022 oleh kerajaan Belanda dan Australia, yang sejak awal konsisten menuntut keadilan dalam tragedi MH17. Pesawat…
Read More