Wakil Pas, Wawasan tinggalkan mesyuarat

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Wakil rakyat pembangkang memutuskan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat pagi ini. Keputusan wakil rakyat pembangkang itu dibuat selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul. Pemakluman untuk tidak menyertai itu sidang khas itu dibuat Ketua Whip Perikatan Nasional (PN)  Takiyuddin Hasan, dan dipersetujui oleh Johari. Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan. Bagaimanapun kumpulan pembangkang terdiri…

Read More

Kekosongan kerusi Subang diserah pada SPR

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengesahkan sudah mengemukakan kekosongan kerusi Parlimen Subang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan peletakan jawatan dikemukakan penyandangnya, Wong Chen, semalam. Perkara itu dimaklumkan pada Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini di Dewan Rakyat. “Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Berhormat bagi kawasan Subang, Wong Chen telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam sebagai ahli Dewan Rakyat kepada saya. “Saya telah maklumkan kepada SPR mengenai…

Read More

Trump tuntut Iran bayar pampasan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat kejutan dengan menuntut Iran membayar pampasan kepada individu yang didakwanya terbunuh dalam peperangan, serangan dan tunjuk perasaan. Cadangan Trump itu adalah sebagai tindak balas terhadap tuntutan Tehran supaya pampasan dibayar serta sekatan terhadapnya ditamatkan selaras dengan terma perjanjian damai awal yang ditandatangani pada Jun, namun gagal dilaksanakan. Sejak perang bermula pada Februari, Trump berulang kali berubah pendirian antara mengancam peningkatan konflik dan mendakwa perjanjian damai semakin hampir dicapai. “Saya melihat wakil Republik Islam Iran meminta pampasan atas kerosakan yang dialami mereka…

Read More

Jumlah penduduk Indonesia 290.13 juta

JAKARTA – Jumlah penduduk Indonesia kini mencecah 290.13 juta orang, meningkat kira-kira 1.81 juta berbanding 288.32 juta pada penghujung 2025, dengan hampir tujuh daripada setiap 10 penduduk berada dalam lingkungan usia produktif. Angka tersebut berdasarkan Data Kependudukan Bersih (DKB) bagi Semester Pertama 2026 yang dikeluarkan Direktorat Jeneral Kependudukan dan Pencatatan Sivil (Dukcapil) Kementerian Dalam Negeri Indonesia. Menurut Ketua Pengarah Kependudukan dan Pencatatan Sivil, Teguh Setyabudi, pertambahan itu mencerminkan peningkatan semula jadi penduduk hasil jumlah kelahiran yang melebihi kematian, selain penyesuaian data selepas proses pembersihan dan penyatuan rekod biometrik. “Dalam setiap…

Read More

Kenyataan Kor Ming satu sindiran?

SEPANG 10 Ogos – Ketika Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming begitu yakin gelombang merah dan tsunami rakyat akan bermula di Perak, Pemuda MCA membuat tanggapan berbeza dengan mempersoalkan sama ada ia satu sindiran. Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, berkata kenyataan Kor Ming bahawa ‘Perak bukan Johor, Perak bukan Negeri Sembilan’ seolah-olah menyindir kepemimpinan DAP di Johor dan Negeri Sembilan. Kor Ming dilaporkan berkata:  “Di Perak kita raikan kepelbagaian dan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH). Di sini akan bermula gelombang merah dan tsunami rakyat”. Kenyataan itu dilihat seolah-olah…

Read More

PN cadang tangguh bentang laporan RCI TH

SEPANG 10 Ogos – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan sidang khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) ditangguhkan ke tarikh sesuai sehingga Perdana Menteri Anwar Ibrahim pulih dan dapat hadir ke Dewan Rakyat. Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pembentangan laporan berkenaan yang dijadualkan esok wajar dibuat sendiri oleh Anwar memandangkan beliau pernah membangkitkan isu tersebut kepada pengetahuan umum. “Memandangkan isu Tabung Haji merupakan perkara yang sangat penting dan melibatkan kepentingan awam, PN berpandangan bahawa adalah amat wajar sekiranya pembentangan laporan ini dibuat sendiri oleh…

Read More

Wong Chen kosongkan Parlimen Subang

SEPANG 10 Ogos – Seorang lagi wakil rakyat PKR mengosongkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila Wong Chen mengesahkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini. Menerusi satu muat naik di Facebook, beliau mengesahkan peletakan jawatan secara sukarela itu berkuat kuasa mulai pukul 5 petang. Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, masing-masing meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa. Dalam pada itu Wong Chen turut berkongsi notis yang dihantar kepada Yang…

Read More

Azmin sampaikan ucapan ‘mesra kerajaan’

SHAH ALAM 10 Ogos – “Amirudin (MB Selangor) adalah adindaku, Ng Suee Lim (ADUN Sekinchan) adalah sahabatku., George (ADUN Sentosa) adalah temanku. Amanah adalah peganganku. Kekal tenang adalah prinsip aku. Kak Yam (ADUN Mariam Abdul Rashid) kenalanku,” Begitulah kelunakan ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tanpa serangan keras terhadap kerajaan negeri ketika beliau mengambil bahagian dalam perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. Mohamed Azmin ketika sesi perbahasan Rancangan Selangor Kedua (RS-2), hari ini dilihat mempamerkan ucapan ‘mesra kerajaan’. “Marilah kita wujudkan Selangor yang semakin…

Read More