KUALA LUMPUR 17 Mei – PKR mengesahkan keanggotaan dua Ahli Parlimennya, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tergugur selepas mereka mengisytiharkan keluar parti dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (BERSAMA). Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, berkata keputusan dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas menerima hasrat keluar parti daripada bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden itu. “PKR sudah menerima rakaman ucapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang umum mengosongkan kerusi Parlimen dan keluar daripada parti, hari…
Read MoreYear: 2026
PH sedia tanding semua kerusi, adakan PRU awal
JOHOR BAHRU 17 Mei – Pakatan Harapan (PH) bersedia meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dan Negeri Sembilan sekiranya UMNO serta Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk bertanding di semua kerusi semasa pilihan raya negeri akan datang. Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH turut membayangkan pihaknya akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi BN termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Pahang. Presiden PKR itu yang tidak terkejut dengan perkembangan tersebut turut membayangkan kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sekiranya kemelut hubungan antara…
Read MoreRafizi, Nik Nazmi ambil parti Bersama
PETALING JAYA 17 Mei – Dua orang bekas pemimpin PKR akhirnya menjawab persoalan hala tuju politik mereka sejak beberapa minggu lalu, apabila mengesahkan akan mengambil alih Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (MUP). Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad akan menerajui parti itu yang ditubuhkan pada 2 Disember 2016 di Pulau Pinang. Pengasas dan Presiden Parti Bersama Malaysia, Tan Gin Theam, secara simbolik menyerahkan sijil pendaftaran parti itu kepada Rafizi dan Nik Nazmi di PJ Performing Arts Centre di hadapan…
Read MorePH akan ‘kuburkan’ BN kali kedua di Johor
JOHOR BAHRU 17 Mei – Pakatan Harapan (PH) Johor menyambut hasrat Barisan Nasional (BN) untuk bertanding secara solo dengan tekad ‘menguburkan’ BN buat kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang. Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, BN pernah tewas di Johor apabila PH berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mencipta kemenangan besar pada PRN 2018. Justeru Pengerusi Amanah Johor itu berkata, PH tidak akan sesekali menyerah kalah walaupun BN Johor telah mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang.…
Read MoreMaro : Malaysia Kita
BN wajar bertanding solo pada PRN Johor
SEPANG 17 Mei – Pendirian Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara solo pada pilihan raya akan datang adalah bagi memastikan kestabilan politik dan meneruskan kesinambungan pembangunan negeri. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah itu bukanlah didorong sikap sombong, pentingkan diri atau tamak. “Tujuannya jelas. BN menawarkan kesinambungan kestabilan dan mahu agenda “Maju Johor 2030” yang berbaki empat tahun lagi disempurnakan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya. Speaker DUN Johor yang juga ADUN Rengit itu berkata negeri itu turut…
Read MoreBerita pilihan…
Kurang kepercayaan jadi penghalang
TEHRAN – Kurang kepercayaan Amerika Syarikat (AS) terhadap republik Islam Iran masih menjadi penghalang terbesar dalam usaha menamatkan konflik di Asia Barat, kata Menteri Luar Abbas Araghchi. Beliau berkata, rundingan damai hanya boleh diteruskan sekiranya AS benar-benar bersedia mencapai “perjanjian yang adil dan seimbang”. Bercakap kepada media di New Delhi, India, Araghchi turut berkata, Iran terbuka menerima bantuan diplomatik daripada negara lain, khususnya China, bagi membantu meredakan ketegangan di Asia Barat. Katanya, Beijing sebelum ini memainkan peranan penting dalam membantu memulihkan hubungan diplomatik antara Iran dan Arab Saudi. Pada masa…
Read MoreIran rangka mekanisme kawal trafik maritim
ISTANBUL – Iran merangka mekanisme bagi mengawal trafik maritim melalui laluan khas di Selat Hormuz dan akan mengenakan bayaran “bagi perkhidmatan khusus” yang disediakan di bawah sistem itu. Menerusi mekanisme itu, hanya kapal komersial dan pihak yang bekerjasama dengan Iran akan mendapat manfaat daripadanya. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran Ebrahim Azizi menerusi platform X memaklumkan Tehran akan mengumumkan pelan itu dalam masa terdekat. “Laluan ini akan terus ditutup kepada pengendali projek yang dipanggil ‘Project Freedom’.”, katanya. Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan…
Read More