PH sudah jangka BN solo hadapi PRN

SEPANG – Pakatan Harapan (PH) Johor sudah menjangkakan kemungkinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Justeru PH sememangnya telah bersedia untuk menghadapi PRN secara demokratik, matang dan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat. “Dalam demokrasi matang, parti politik bebas membuat keputusan sama ada untuk bekerjasama atau berlawan dengan mana-mana pihak. Justeru, Pakatan Harapan Johor menghormati keputusan BN Johor bertanding solo di semua 56 kerusi DUN. “Kami sememangnya telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri secara demokratik, matang…

Read More

Penderhakaan, kebiadaban wajib ditentang

SHAH ALAM 16 Mei  – Sebarang bentuk penderhakaan dan kebiadaban terhadap agama Islam serta institusi diraja wajib ditentang habis-habisan, kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar. Beliau mendakwa tindakan beberapa pemimpin DAP yang terus-menerus membangkitkan isu berkaitan penternakan babi di Selangor disifatkan sebagai tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Penganjur Himpunan Daulat Tuanku menegaskan sebarang bentuk penderhakaan dan kebiadaban terhadap agama Islam serta institusi diraja wajib ditentang habis-habisan. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mendakwa tindakan beberapa pemimpin DAP yang terus-menerus membangkitkan isu berkaitan penternakan…

Read More

BN solo, tanding semua 56 kerusi DUN Johor

SEPANG 16 Mei – Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding secara bersendirian bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran terbaharu di laman sosial hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum pandangan, suara, harapan rakyat dan kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor. Pendirian BN Johor itu dibuat menjelang Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang berlangsung di Pusat konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, esok. Konvensyen itu difahamkan akan memberi fokus kepada kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN serta Pilihan Raya…

Read More

Pengerusi PN Ketua Pembangkang

SEPANG 16 Mei  – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan penyandangnya, Hamzah Zainudin. Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Kali Ke-2 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. Menurutnya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan sendiri oleh Ahmad Samsuri dan dihadiri semua Ahli Majlis Tertinggi daripada parti-parti anggota. “Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik Ahmad Samsuri untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang. “PN juga bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya atau electoral pact…

Read More

David Beckham capai status bilionair

LONDON – Sir David Beckham legenda bola sepak England, muncul sebagai atlet pertama United Kingdom (UK) yang memiliki kekayaan mencecah status bilionair. Beckham bersama isterinya, Lady Victoria Beckham dianggarkan memiliki kekayaan gabungan sebanyak 1.2 bilion pound, sekali gus meletakkan beliau dalam kelompok elit individu paling kaya di UK. David dan Lady Beckham dilaporkan menggandakan kekayaan mereka dalam tempoh 12 bulan lalu, sekali gus melonjakkan beliau sebagai atlet pertama UK yang mencapai status bilionair. Demikian menurut senarai tahunan Sunday Times Rich List bagi 350 individu dan keluarga terkaya negara itu. Senarai…

Read More

India nafi cukai ke luar negara

HYDERABAD – India menafikan laporan media yang mendakwa kerajaannya merancang mengenakan cukai ke atas perjalanan ke luar negara. Perdana Menteri, Narendra Modi menerusi hantaran di platform X ketika menafikan laporan itu menegaskan ia tidak benar sama sekali. CNBC TV-18 sebelum ini, memetik sumber menyatakan satu cadangan sedang dibincangkan di peringkat tertinggi untuk mengenakan cukai atau surcaj ke atas perjalanan ke luar negara, namun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini. “Tidak timbul soal mengenakan sekatan seperti itu terhadap perjalanan ke luar negara,” kata Modi sambil memetik laporan berkenaan dalam hantaran beliau.…

Read More

Dong Zong kecewa keputusan Kabinet

SEPANG 15 Mei – Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kecewa dengan keputusan Kabinet membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) memohon kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dengan menetapkan syarat tertentu. Dalam satu kenyataan hari ini Dong Zong berkata, keputusan oleh Jemaah Menteri itu penuh dengan pernyataan yang samar-samar dan sekadar langkah separuh hati. Malah langkah kerajaan itu dianggap sebagai satu peminggiran, menyekat kebebasan pelajar merancang laluan pendidikan mereka dan bertentangan dengan prinsip ‘peluang yang adil’ seperti sering ditekankan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Dong Zong berkata,…

Read More

Buka laluan bukan iktiraf UEC

PUTRAJAYA 15 Mei – Keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membuka laluan kemasukan kepada lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan bukan bagi mengiktiraf sistem pendidikan luar termasuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,  Prof Dr Azlinda Azman, berkata KPT membuka laluan kepada pelajar lepasan berkenaan kepada ruang kursus yang ditetapkan. “Tidak, sebenarnya terdapat perbezaan besar antara kelayakan UEC dan juga kelayakan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia). Jadi sekali lagi, ini bukan soal pengiktirafan. Tiada pengiktirafan terhadap silibus UEC. “Yang penting kita memberi laluan terbabit. Dalam pemilihan pelajar itu nanti,…

Read More