Qatar nafi tahan tiga juruterbang Iran

DOHA – Qatar menafikan dakwaan Iran bahawa tiga juruterbang tenteranya ditahan selepas pesawat pejuang yang mereka kendalikan ditembak jatuh ketika operasi ketenteraan pada peringkat awal konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Mohammed Al Ansari, menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai kenyataan yang mengelirukan. Beliau berkata pihak Qatar ada berhubung dengan juruterbang terbabit selepas mereka memasuki ruang udara negara itu, namun tidak menerima sebarang maklum balas. “Langkah yang perlu telah diambil bagi mempertahankan wilayah Qatar selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan di platform X.…

Read More

5 cedera insiden tembakan di VSU

VIRGINIA – Satu insiden tembakan di Universiti Negeri Virginia (VSU) pada awal pagi Sabtu, menyebabkan lima individu cedera, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal. Polis menerima laporan mengenai kejadian berhampiran asrama pelajar kira-kira pukul 1.28 pagi waktu tempatan sebelum menemukan lima mangsa yang mengalami kecederaan akibat tembakan. Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan di mana empat daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa. Polis Daerah Chesterfield berkata siasatan awal mendapati lebih daripada seorang suspek dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan, dan setakat ini tiada tangkapan dibuat. Perintah…

Read More

KDM bukan komponen GRS

KOTA KINABALU 15 Ogos – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bukan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali. Katanya, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada November tahun lalu, KDM melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggalnya memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. “Keputusan itu menjadikan KDM sebahagian kerajaan Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu, Armizan berkata susulan pengumuman Presiden KDM, beliau menghubungi ADUN Paginatan, Datuk Rusdin Riman yang juga satu-satunya ADUN daripada KDM. Rusdin memaklumkan…

Read More

Afdlin cadang ketua cabang calon PRU

AYER KEROH 15 Ogos – PKR Wilayah Persekutuan mencadangkan semua ketua cabang Keadilan dinamakan lebih awal sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi membolehkan mereka mula bekerja dan mendapat kepercayaan rakyat. Ketua Cabang Setiawangsa,  Afdlin Shauki, berkata langkah itu juga membolehkan prestasi setiap calon dinilai dalam tempoh setahun sebelum pilihan raya, selain memberi ruang kepada pimpinan parti membuat perubahan sekiranya mereka gagal melaksanakan tanggungjawab. “Kalau mereka dalam masa setahun lebih ini tidak berfungsi, tukar. Kalau mereka tidak boleh buat (kerja), tukar. “Tetapi namakan mereka dulu sebagai calon…

Read More

Akmal minta dedahkan ‘talam dua muka’

AYER KEROH 15 Ogos – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dicabar menjelaskan pihak yang didakwa `talam dua muka’ sehingga menggugat Kerajaan Perpaduan. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jika kenyataan Muhammad Kamil itu ditujukan kepada UMNO, parti berkenaan bersedia menerima apa juga keputusan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, tiada sebarang perjanjian atau persefahaman antara UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang dibuat sebelum ini untuk membolehkan kedua-dua gabungan itu menyertai pilihan raya secara bersama. “Saya…

Read More

900 halangan jejas operasi kemanusiaan

WASHINGTON – Kewujudan lebih 900 halangan fizikal, merangkumi pos pemeriksaan, pintu-pintu pagar utama dan penutupan jalan menyebabkan operasi kemanusiaan di wilayah jajah di Tebing Barat berdepan kelewatan serta sekatan. Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Daniela Gross De Almeida tindakan sekatan berkenaan membataskan laluan kemanusiaan menyebabkan golongan terjejas terputus daripada bantuan secukupnya. Katanya , rakan kerjasama kemanusiaan PBB memberi amaran bahawa kerja bantuan kini perlahan serta terbatas disebabkan rangkaian melebihi 900 halangan. Beliau juga menyatakan petugas kemanusiaan meneruskan usaha menyampaikan bantuan penting kepada penduduk di Semenanjung yang dikepung itu, meskipun…

Read More