PUCHONG 5 Okt. – Selepas tiga hari meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung hari ini menghantar borang untuk menyertai Bersama yang dipimpin bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. Rafizi yang mengesahkan demikian mengalu-alukan hasrat itu dan akan berperanan sebagai pemimpin Bersama bersama-sama untuk memimpin kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka tidak lama lagi. Bercakap pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Rafizi berkata, permohonan Chean Chung akan diproses mengikut tatacara keahlian Bersama. “Beliau akan memikul tanggungjawab bersama-sama untuk memimpin kempen…
Read MoreYear: 2026
Kerusi Parlimen PJ diisytihar kosong
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kerusi Parlimen Petaling Jaya diisytiharkan kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor, berkata Chean Chung sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul pada tarikh berkenaan. “Yang Berhormat Ahli Parlimen Petaling Jaya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua pada Jumaat (2 Oktober). “Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga sudah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi Parlimen itu mengikut Perkara 54(1) Perlembagaan…
Read More35 asnaf tiba di KLIA selepas umrah Andalusia
SEPANG 5 Okt. – Terima kasih Andalusia! Itulah ungkapan yang dapat diucapkan oleh sekumpulan 35 asnaf yang terpilih menyertai umrah percuma tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia). Mereka, termasuk 20 asnaf dari kariah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi selamat tiba di KLIA pagi ini dari Abu Dhabi selepas berada di Madinah selama lima hari dan tujuh hari di Makkah. Disambut petugas Andalusia dan anggota keluarga, mereka yang kelihatan ceria dan gembira tiba kira-kira pukul 8.30 pagi menerusi Etihad Airways selepas singgah seketika di Abu Dhabi dalam penerbangan pulang.…
Read MoreBerita pilihan….
Parti Green UK terima pendirian anti-Zionis
LONDON – Parti Green United Kingdom (UK) secara rasmi menerima pakai pendirian anti-Zionis selepas anggotanya mengundi menyokong usul yang mengisytiharkan Zionisme sebagai satu bentuk perkauman pada persidangan tahunan parti itu. Pendirian yang dibuat di Brighton itu disifatkan sebagai langkah “bersejarah” dalam politik Britain. Usul yang dikemukakan kumpulan Greens for Palestine dalam parti itu memperoleh 1,022 undi menyokong berbanding 813 undi menentang, sekali gus menjadikannya dasar rasmi parti. Resolusi itu menggariskan penentangan parti berkenaan terhadap Zionisme serta menegaskan semula komitmennya untuk menyokong pembebasan Palestin dan hak rakyat Palestin untuk kembali ke…
Read MoreYaman lancar operasi ketenteraan baharu
TAIZ – Kerajaan Yaman mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan baharu bagi merampas semula semua wilayah yang masih dikuasai kumpulan Houthi. Ketua Majlis Kepimpinan Presiden Yaman, Rashad al-Alimi berkata, operasi berkenaan bertujuan mengembalikan sepenuhnya kuasa kerajaan ke seluruh “Hari ini saya mengumumkan permulaan operasi ketenteraan untuk membebaskan baki wilayah republik dan memperluaskan kuasa negara serta institusinya ke seluruh wilayah kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau turut mengarahkan semua pasukan bersenjata melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan pelan yang telah diluluskan sehingga negara itu dibebaskan daripada cengkaman militan Houthi. Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 05.10.2026
Pendidik perlu pantau persekitaran
KUALA LUMPUR 4 Okt. – Golongan pendidik sama ada pengetua atau guru digesa lebih peka melakukan pemantauan dan rondaan sepanjang waktu persekolahan bagi memastikan persekitaran dalam kawasan sekolah lebih selamat. Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Dr Ibrahim Ali berkata, mereka memikul tanggungjawab lebih besar dalam memastikan keselamatan sebaik sahaja pelajar berada dalam kawasan sekolah sehingga selesai sesi persekolahan. “Tugas guru bukan sekadar mengajar, sebaliknya perlu mengambil berat terhadap keadaan pelajar dari mereka memasuki sekolah sehingga pulang,” kata Ibrahim selepas majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Dr Hasmah Mohd…
Read MoreBerita pilihan….
Operasi cari mangsa feri digantung
JAKARTA – Operasi pencarian di bawah air di dalam bangkai feri Virgo Transport 8 digantung sehingga usaha menimbulkan dan menstabilkan kapal berkenaan selesai. Sehingga hari ke-21 operasi mencari dan menyelamat (SAR), sebanyak 55 orang masih dilaporkan hilang manakala 108 mangsa selamat dan 80 mayat dikeluarkan. Ketua Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Mohammad Syafii berkata, penyelam telah menembusi kira-kira 10 hingga 15 meter ke dalam kapal berkenaan. Bagaimanapun pergerakan seterusnya terhalang oleh runtuhan dan bahan di dalamnya, manakala strukturnya yang tidak stabil serta keadaan kapal yang terus tenggelam meningkatkan risiko…
Read More