KUALA LUMPUR 6 Okt. – Proses rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dilakukan sekiranya Malaysia mahu menghentikan peranan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan, peranan yang dimainkan UNHCR ketika ini merupakan isu legasi yang dibenarkan secara rasmi oleh kerajaan dan sebarang pindaan peraturan mengenainya akan mengambil masa. “Ini memerlukan proses rundingan dengan PBB supaya kita tidak dilihat mengenepikan peraturan antarabangsa. “Bagaimanapun, saya setuju sebenarnya tindakan dan keputusan yang tegas harus diambil kerana urusan negara kita harus oleh jentera kita sendiri, tidak…
Read MoreYear: 2026
Kesedaran semua tangani buli, dera di sekolah
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Anwar Ibrahim berkata, kesedaran dan pembabitan semua pihak termasuk ibu bapa, guru, sekolah serta Jabatan Pendidikan perlu diperkasa bagi menangani isu buli, penderaan dan keselamatan murid di sekolah. Perdana Menteri berkata, walaupun pelbagai langkah diambil termasuk pemantauan asrama, audit keselamatan, peningkatan kapasiti penyeliaan murid, kaunseling dan inisiatif kesejahteraan, namun usaha itu masih belum mencukupi. “Saya tidak percaya kes ini boleh selesai tanpa kesedaran dan pembabitan semua pihak. Malah didikan asas agama, akhlak, kecintaan kepada ibu bapa, hormat pada guru-guru harus ditingkatkan juga. Saya tidak bermaksud…
Read MoreBerita pilihan…
New York isytihar Darurat Bencana Negeri
NEW YORK – Gabenor New York, Kathy Hochul, mengisytiharkan “Darurat Bencana Negeri” sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes campak di seluruh negeri itu. Perintah eksekutif itu, pengisytiharan pertama seumpamanya oleh sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) dibuat sejak kes mula melonjak pada 2025. Berdasarkan perintah eksekutif berkenaan, setakat Sabtu lalu, sebanyak 108 kes campak dilaporkan dalam kalangan penduduk New York tahun ini. Daripada jumlah itu, 92 kes dilaporkan sejak 15 Julai dengan kebanyakannya dalam komuniti luar bandar dengan kadar imunisasi rendah di 18 kaunti. Sebanyak tujuh kes disahkan di Bandar…
Read MorePBB gesa gencatan senjata kekal di Gaza
NEW YORK – Menjelang ulang tahun ketiga konflik antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa gencatan senjata kekal di Gaza. Malahan, beliau turut menggesa usaha politik digerakkan bagi mencapai keamanan berkekalan di seluruh rantau berkenaan. Katanya , sudah tiba masanya gencatan senjata menjadi kekal, bantuan kemanusiaan disalurkan pada skala besar dan undang-undang antarabangsa dihormati. “Biarlah tarikh ini (7 Oktober 2023) bukan sekadar menandakan satu lagi tahun berkabung tetapi juga menjadi titik tolak kepada tekad baharu untuk membina masa depan berbeza.…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 06.10.2026
Sultan Brunei ziarah Dr Mahathir
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mencemar duli menziarahi bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), pada Ahad, 4 Oktober. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun media sosial rasmi Dr Mahathir hari ini. “KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mencemar duli menziarahi YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2026,” menurut hantaran itu. Sultan Hassanal Bolkiah menamatkan lawatan khas ke Malaysia sebelum berangkat pulang ke Brunei pada Ahad. Baginda…
Read MoreBersatu sedia bincang pakatan elektoral
SEPANG 5 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia untuk berbincang dan memperhalusi bentuk kerjasama atau pakatan elektoral (electoral pact) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Melaka. Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali berkata, kesediaan itu antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik Bersatu yang dipengerusikan oleh Presiden, Muhyiddin Yasin hari ini. “Keputusan untuk mewujudkan ‘electoral pact’ dalam PRN Melaka adalah bertujuan mengoptimumkan potensi bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri yang moderate dan progresif demi kesejahteraan rakyat Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata,…
Read MorePN fail permohonan cabar notis RoS
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap gabungan berkenaan. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata permohonan itu membabitkan lima pemohon yang terdiri daripada Setiausaha Agung parti-parti anggota PN – Pas, Gerakan, MIPP, Wwasan dan Pejuang. Beliau berkata, dua pihak dinamakan sebagai responden turut disaman dalam permohonan itu iaitu Pendaftar RoS, Muhammad Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. “Permohonan itu adalah membabitkan beberapa yang disebut sebagai perintah ‘certiorari’…
Read MoreMyEG: Tindakan tiada kaitan politik
PUTRAJAYA 5 Okt. – Tindakan kerajaan terhadap MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd, kedua-duanya di bawah kumpulan MyEG tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau sebaliknya berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan fakta syarikat itu mempunyai tunggakan RM314 juta membabitkan obligasi kepada kerajaan. Katanya, kerajaan tidak menjadikan kaitan politik sesebuah syarikat sebagai pertimbangan dalam mengambil tindakan, sebaliknya semua pihak dilayan secara sama rata. “Satu yang pasti, ia tak ada kaitan, tak ada kena-mengena dengan parti sayalah tetapi berkaitan dengan parti mana? Itu bukan pertimbangan…
Read More