Pas kecewa DAP kekal – Ibrahim

SEPANG 17 Ogos – Putra mendakwa Pas kecewa selepas DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, sekali gus menggagalkan harapan parti itu untuk melihat parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu keluar daripada kerajaan. Merujuk kenyataan pemimpin Pas, Presiden Putra,  Dr Ibrahim Ali berkata, keputusan DAP itu memperlihatkan kekecewaan parti berkenaan sementara percaturan politik pembangkang terhadap parti itu tidak menjadi. Beliau berpendapat kenyataan pemimpin Pas terkait keputusan DAP untuk kekal berada dalam kerajaan semalam sekadar menzahirkan kekecewaan mereka semata-mata, selain kelihatan seperti mendahului takdir. Menurut Ibrahim, beliau terbaca kenyataan yang…

Read More

Bersama diminta hormati pendirian DAP

TANJONG 17 Ogos – Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama),  Rafizi Ramli diminta menghormati keputusan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 berhubung pendirian parti itu untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Chow Kon Yeow berkata pendirian perwakilan parti itu semalam adalah fakta asas yang patut dihormati. “Minta dia hormati DAP dan keputusan perwakilan. Itu fakta asas, bukan?” kata Kon Yeow ketika ditemui selepas melancarkan program penyertaan awam dan pemberitahuan awam bagi Pelan Struktur Pulau Pinang 2040, hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu diminta mengulas penilaian Rafizi bahawa DAP…

Read More

Segerakan reformasi institusi penting

SEPANG 17 Ogos  – Selepas memutuskan untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan semalam, DAP hari ini menggesa Anwar Ibrahim memastikan reformasi institusi penting, diluluskan sebelum hujung tahun ini. Ini termasuk pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta penetapan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal. Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo yang membuat gesaan itu berkata, keputusan DAP untuk terus kekal dalam kerajaan Madani hendaklah disusuli dengan tindakan konkrit terhadap agenda reformasi terasnya. “Saya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil tindakan segera untuk merealisasikan reformasi ini.…

Read More

Ganjaran AS$30,000 tangkap askar AS

TEHRAN – Ganjaran AS$30,000 ditawarkan untuk membunuh atau menangkap tentera Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh, kata Ketua Tentera Iran, Amir Hatami. Tanpa memberikan butiran mengenai lokasi atau garis masa pembunuhan atau penangkapan tentera AS akan berlangsung, beliau berkata, jumlah tawaran itu akan digandakan sekiranya ia dilakukan oleh wanita. Amir turut mengulangi gesaan Iran supaya AS berundur dari Asia Barat, memandangkan mereka tidak lagi mendapat kebenaran untuk memasuki Teluk Parsi, Teluk Oman atau Selat Hormuz. Setakat ini, tiada penempatan tentera darat AS yang dilaporkan di Iran sepanjang perang Asia Barat, kecuali…

Read More

Lapan negara kecam tindakan Israel

ISTANBUL – Tindakan Israel menolak pelan hala tuju bagi melengkapkan pelaksanaan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menamatkan konflik Gaza, mendapat kecaman lapan negara. Turkiye, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu mengecam penolakan Israel terhadap pelan hala tuju itu serta pendiriannya yang menolak penubuhan negara Palestin. Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri luar itu menyifatkan pendirian berkenaan merupakan “penolakan secara langsung” terhadap Pelan Komprehensif Trump untuk Menamatkan Konflik Gaza yang disokong menerusi Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut mereka, tindakan Israel…

Read More

Kami tidak akan kembali – Ezam

SEPANG 16 Ogos  – “Kami tidak akan kembali. Kami bukan bajingan seperti mana mereka yg bersama kamu sekrang,” demikian reaksi balas bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor yang kini menganggotai Pas. Ezam yang kini menganggotai Pas merujuk ucapan Presiden PKR Anwar Ibrahim semalam yang memohon maaf selain merayu kepada bekas pemimpin dan aktivis parti itu agar kembali ke landasan perjuangan PKR. “Pertama, otai-otai yang kadang-kadang ialah biasa.. sila kembali…rakan-rakan saya yang lain, yang mungkin rasa sedikit terpinggir. “Kalau ada apa-apa kesilapan kita, saya mohon maaf, kembalilah kepada landasan…

Read More

DAP kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA 16 Ogos – Persidangan Kebangsaan DAP 2026 memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan DAP menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sebelum tamat penggal semasa Parlimen. Terdahulu, usul berkaitan sama ada parti itu patut kekal dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa atau sebaliknya dibawa oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Daripada 4,266 jumlah perwakilan yang layak mengundi, hanya 2,223 yang hadir dan sebanyak 2,106 kertas undi dikeluarkan. Speaker persidangan, Cha Kee Chin…

Read More

Semua pembahas mahu DAP kekal

PUTRAJAYA 16 Ogos  – Semua 14 pembahas dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 mahu parti itu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal Parlimen ke-16. Pembahas antara lain mengingatkan DAP supaya tidak menghukum keseluruhan Kerajaan Perpaduan hanya kerana satu peratus kekalahan pada Pilihan Raya Negeri dan jika keluar, DAP mungkin hanyw mendapat ruang untuk menjerit dan mengkritik. Justeru pembahas meminta perwakilan untuk terus memberikan sokongan supaya DAP meneruskan kerjasama dalam kerajaan pimpinan Anwar Persidangan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu diadakan bagi membentangkan…

Read More