Parti Green UK terima pendirian anti-Zionis

LONDON – Parti Green United Kingdom (UK) secara rasmi menerima pakai pendirian anti-Zionis selepas anggotanya mengundi menyokong usul yang mengisytiharkan Zionisme sebagai satu bentuk perkauman pada persidangan tahunan parti itu.

Pendirian yang dibuat di Brighton itu disifatkan sebagai langkah “bersejarah” dalam politik Britain.

Usul yang dikemukakan kumpulan Greens for Palestine dalam parti itu memperoleh 1,022 undi menyokong berbanding 813 undi menentang, sekali gus menjadikannya dasar rasmi parti.

Resolusi itu menggariskan penentangan parti berkenaan terhadap Zionisme serta menegaskan semula komitmennya untuk menyokong pembebasan Palestin dan hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka.

Di samping itu, resolusi tersebut turut menyokong gerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) terhadap Israel, menggesa embargo senjata menyeluruh ke atas eksport ke Israel serta mengecam jenayah perang Israel.

Related posts

Leave a Comment