Harga diesel meningkat

PUTRAJAYA  1 April – Krisis tenaga global yang semakin meruncing terus memberi tekanan kepada pasaran domestik apabila harga bahan api meningkat ketara melepasi paras amaran. Menurut Kementerian Kewangan, harga minyak mentah Brent global melonjak lebih 40 peratus sehingga melepasi AS$100 setong. Namun, tekanan sebenar terhadap harga runcit tempatan berpunca daripada rantaian produk ditapis. Kementerian itu mendedahkan harga minyak diproses bagi petrol dan diesel masing-masing meningkat kepada sekitar AS$150 setong dan AS$250 setong. Walaupun berdepan lonjakan kos yang tinggi, kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan terbabit.…

Read More

Isu saham Azam didedah apabila tiba masa

PUTRAJAYA 1 April – Siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Azam Baki, serta dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ dalam suruhanjaya itu akan didedahkan apabila tiba masanya. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan perlu menunggu maklum balas daripada Ketua Setiausaha Negara,  Shamsul Azri Abu Bakar serta memastikan semua prosedur diselesaikan sebelum sebarang pendedahan dibuat. Beliau berkata, siasatan berkenaan perlu dipastikan selesai sepenuhnya sebelum apa-apa tindakan lanjut berkait pemakluman hasil siasatan terhadap pegangan saham Azam boleh didedahkan. “Tetapi ia terserah kepada Jemaah Menteri… sekiranya bila-bila masa, kita…

Read More

Musyawarah Nasional fokus 5 teras

KUALA LUMPUR 1 April – Musyawarah Nasional akan memfokuskan lima teras utama – agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial sebagai asas perbincangan dalam merangka hala tuju masa depan umat Melayu dan negara. Timbalan Perdana Menteri  Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Musyawarah Nasional adalah wadah penting untuk menghimpunkan pemikiran, pandangan dan cadangan strategik daripada pelbagai lapisan masyarakat Melayu. Katanya, Musyawarah Nasional yang diumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 bukan sekadar satu wacana biasa, sebaliknya merupakan usaha bersama untuk mencari titik temu, merumus penyelesaian dan membina konsensus nasional. “Ia bagi menghadapi pelbagai…

Read More

Isteri lega, tertuduh didakwa membunuh

KLANG 1 April  – “Satu saja saya hendak cakap nyawa dibalas nyawa,” demikian kenyataan isteri kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terbunuh dirempuh seorang pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah Ahad lalu. Nor Nadia Abdul Majid, 32, bersyukur dan meluahkan rasa lega selepas tertuduh didakwa membunuh suaminya di Mahkamah Majistret Klang, di sini, hari ini. “Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih di atas pertuduhan itu (tuduhan bunuh ke atas suspek) Ya Allah. Lega sikit saya rasa Ya Allah. Satu saja saya hendak cakap nyawa dibalas nyawa. Itu…

Read More

Pemandu mabuk dituduh bunuh

KLANG 1 April – Seorang juruteknik yang sebelum ini ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah didakwa atas tuduhan membunuh seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Ahad lalu. R Saktygaanapathy, 28, yang tidak diwakili peguam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, di sini hari ini. Dia mengangguk faham selepas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian mangsa dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret A Karthiyayini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan…

Read More

Iran keluar amaran sasar syarikat AS

KOR Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengeluarkan amaran akan menyasarkan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) sekiranya lebih ramai pemimpin utama Iran dibunuh dalam serangan disasarkan Washington. Media Iran dan antarabangsa melaporkan, IRGC mendakwa, syarikat teknologi AS memainkan peranan penting dalam membantu proses pengesanan serta penjejakan sasaran bagi operasi pembunuhan, sekali gus menjadikan mereka ‘sasaran sah’ bagi tindakan balas. IRGC menamakan 18 syarikat gergasi AS yang merangkumi sektor teknologi, perisian, kewangan, penerbangan dan pembuatan. Antara syarikat yang disenaraikan ialah Apple, Google, Meta, Microsoft, Intel, IBM, Oracle, Tesla, Hewlett Packard, Dell, Cisco,…

Read More

Nasihat kepada rakyat AS di Saudi

SEMUA kakitangan di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan rakyat AS di Arab Saudi dinasihatkan supaya “berlindung di tempat selamat” susulan peningkatan ancaman peluru berpandu. Dalam satu notis, kedutaan itu menyatakan sistem amaran awal Arab Saudi tidak sentiasa boleh dipercayai dalam memberikan amaran tepat pada masanya. “Setakat yang mampu, kekal berada di kediaman atau mana-mana bangunan dan jauhi tingkap,” menurut kenyataan kedutaan sambil mengesyorkan rakyatnya menyimpan bekalan makanan, air, ubat-ubatan serta keperluan asas lain. Kedutaan turut meneliti laporan ancaman terhadap lokasi yang menjadi tumpuan rakyat Amerika serta memberi amaran bahawa hotel,…

Read More