BEIRUT – Sebanyak lima juta lagi penduduk berpendapatan sederhana dan rendah di negara-negara Arab dijangka mengalami kebuluran berikutan kenaikan 20 peratus harga makanan global. Demikian amaran Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia Barat (ESCWA). Agensi itu melabelkan risiko berkenaan sebagai mendadak dan semakin meruncing, terutamanya bagi negara-negara rapuh dan terjejas akibat konflik yang amat bergantung kepada import makanan serta mempunyai kapasiti fiskal yang terhad untuk menyerap kejutan ekonomi. Laporan bertajuk “Conflict and its shockwaves: escalating impacts and risks for energy, water and food systems in the Arab…
Read MoreYear: 2026
Media Hari Ini Jumaat 03.04.2026
BDR berdasarkan syarat khas bermula 15 April
PUTRAJAYA 2 April – Pegawai sektor awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, serta semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer dibenarkan bekerja dari rumah (BDR). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi surat edaran yang disiarkan hari ini memaklumkan, pelaksanaan BDR Konflik Asia Barat, selama tiga hari dalam seminggu itu berkuat kuasa mulai 15 April. Pelaksanaan BDR itu juga berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR4.1.2: Dasar BDR yang memperuntukkan dasar, syarat dan peraturan BDR. Pelaksanaan BDR bagaimanapun…
Read MoreNegeri bertindak selari bersama Persekutuan
PUTRAJAYA 2 April – Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri hari ini mengambil pendirian agar setiap pimpinan negeri dapat bertindak selari, bersepadu dan berpaksikan fakta bersama Kerajaan Persekutuan berikutan krisis di Asia Barat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk memastikan kesinambungan bekalan tenaga negara sentiasa terjamin dalam sebarang keadaan. Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri itu menjadi wadah penting untuk meneliti secara menyeluruh perkembangan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. “Dalam kerangka ini, kerajaan menggerakkan perancangan senario yang teliti…
Read MoreBekalan petroleum negara kekal stabil
PUTRAJAYA 2 April – Bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi, di samping kerajaan bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof. Beliau berkata pelan berkenaan termasuk mendapatkan bekalan daripada pasaran alternatif sekiranya krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat menyebabkan gangguan berpanjangan. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis tenaga dunia ini. “Kita kini dalam satu fasa yang mencabar dalam landskap ekonomi global.…
Read MoreDr Mahathir menulis ‘Perpaduan – Parti’
𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 – 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 1. Pada satu masa dahulu Melayu bersatu melalui satu parti iaitu UMNO. 2. Mereka berjaya mengalah British. 3. Yang penting bukan UMNO tetapi perpaduan melalui UMNO. 4. Hari ini ramai yang berpendapat UMNO yang kalahkan British. Jadi parti boleh beri kemenangan. 5. Maka ditubuhlah beberapa parti. Ini memecahbelah orang Melayu. Mereka bersaing sesama mereka. Tidak mungkin ada antara mereka yang menang. 6. Mereka kalah. Negara tergadai. 7. Tanah Melayu sudah jadi tanah orang lain. 8. Siapa silap. 9. Yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan yang…
Read MorePutra ajak rakyat bantah harga minyak
SEPANG 2 April – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali hari ini mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai himpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang dijadualkan pada 5 April ini di hadapan Sogo, Kuala Lumpur. Menurut beliau, perhimpunan mulai pukul 3 petang itu bagi membela diri dan rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga minyak. Beliau berkata isu kenaikan harga minyak bukan bukan soal politik dan bukan sekadar soal ekonomi, tetapi telah menjadi isu maruah rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang meningkat. “Kita tidak menyeru kepada kekacauan…
Read MoreBerita pilihan…
AS,Israel tidak hormat batas kemanusiaan
TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel tidak mempunyai sebarang penghormatan terhadap batas kemanusiaan, moral atau nilai kehidupan. Beliau mengecam apa yang disifatkannya sebagai ‘musuh kejam Amerika dan Zionis’ dalam satu perutusan sempena sambutan Hari Republik Islam ketika perang dengan AS-Israel memasuki minggu kelima. Dalam surat berkenaan, Mojtaba Khamenei turut mengecam serangan ke atas Sekolah Shajareh Tayyebeh, yang menurut Tehran telah mengorbankan lebih 175 nyawa termasuk kanak-kanak dan guru pada hari pertama serangan ke atas Iran. Hari Republik Islam merupakan cuti umum kebangsaan di…
Read MoreThailand naikkan harga diesel, tarif elektrik
BANGKOK – Harga diesel di Thailand meningkat sebanyak 3.50 baht seliter bermula hari ini, Khamis (2 April) selepas Jawatankuasa Pengurusan Dana Bahan Api Minyak meluluskan pengurangan kadar subsidi diesel semalamm. Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu berkata, keputusan berkenaan didorong oleh ketidaktentuan berterusan harga minyak global yang kekal tinggi dengan trend meningkat. “Dalam mesyuaratnya hari ini (1 April), jawatankuasa memutuskan untuk mengurangkan subsidi diesel di bawah Dana Bahan Api Minyak sebanyak 4.11 baht seliter, daripada 21.89 baht kepada 17.78 baht seliter, selaras dengan keadaan pasaran dan bagi mengekalkan kecairan dana,” katanya.…
Read More