Cadang ganti rugi kepada keluarga mangsa

PUTRAJAYA 30 Mac – Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang mewajibkan pesalah memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah, membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain menjalani hukuman penjara yang dikenakan. Menterinya, Anthony Loke, berkata bagi tujuan itu, MoT sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian kerajaan yang komited untuk terus memperkukuh undang-undang dan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara. Beliau berkata, MOT memandang serius kejadian nyawa terkorban angkara pemandu bawah pengaruh alkohol mahupun dadah, malah kerajaan…

Read More

Pampasan segera kepada mangsa pemandu mabuk

SEPANG 30 Mac  – Dua pendakwah bebas menyarankan pampasan dapat disampaikan segera kepada keluarga mangsa yang kehilangan tempat bergantung akibat kematian di jalan raya disebabkan pemandu mabuk. Saranan itu susulan kematian Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang dipercayai dirempuh pemandu mabuk dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang semalam menyebabkan isteri menjadi balu, tiga anak kehilangan ayah. Ustaz Wadi Annuar, menerusi Facebook menegaskan hukuman penjara terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian tidak mampu menampung kehidupan keluarga, anak yatim dan isteri mangsa yang hilang punca nafkah. Sehubungan itu, beliau menggesa undang-undang…

Read More

Hukum mati kematian akibat pemandu mabuk

SEPANG 30 Mac – Pemuda UMNO menggesa kerajaan mengambil langkah lebih berani dan tegas bagi menangani kematian di jalan raya akibat perlakuan pemandu yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk. Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, nyawa manusia tidak boleh terus dipertaruhkan dengan hukuman yang tidak memberi kesan pencegahan yang nyata kepada pemandu mabuk di jalan raya. Katanya, Pemuda sejak awal mendesak agar hukuman terhadap pemandu mabuk diperketatkan walaupun undang-undang di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000…

Read More

Putra gesa usir Duta Besar Amerika Syarikat

SEPANG 30 Mac – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak kerajaan mengusir Duta Besar Amerika Syarikat (AS) sebagai bantahan keras terhadap kenyataan didakwa menghina Islam oleh Setiausaha Pertahanan (AS), Pete Hegseth yang menyifatkan Islam sebagai “musuh” . Presidennya,  Dr Ibrahim Ali berkata, ucapan Hegseth pada satu sidang media di Pentagon disifatkan sebagai biadab, Islamofobia dan menghina kira-kira 1.9 bilion umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Hegseth didakwa menyebut “Tidak kira Sunni atau Syiah, musuh kami adalah Islam” serta “Kami bukan berperang dengan sebuah negara, kami berperang dengan satu…

Read More

Iran tuntut pampasan

TEHRAN – Iran menuntut pampasan bagi kerugian yang dialaminya susulan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Menurut jurucakap kerajaan, Fatemeh Mohajerani, Iran tidak memulakan peperangan itu, yang menyebabkan negara berkenaan menanggung ‘kerugian besar’, termasuk korban jiwa serta kerosakan kediaman dan infrastruktur awam. Dalam wawancara dengan Al Jazeera, Mohajerani berkata pampasan adalah antara tuntutan yang akan dibincangkan dalam sebarang rundingan dan pihaknya bersedia untuk bergerak ke arah keamanan yang mampan. Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kawalan ke atas Selat Hormuz serta penarikan sekatan turut menjadi perkara utama lain yang…

Read More

Indonesia ambil langkah penjimatan

JAKARTA – Makanan percuma yang diberikan terutamanya untuk murid sekolah di seluruh negara akan diedarkan lima hari seminggu berbanding enam hari bermula esok, sebagai langkah penjimatan sehingga 40 trilion rupiah (RM10.95 bilion). Timbalan Ketua Agensi Pemakanan Negara, Nanik Sudaryati Deyang, berkata, langkah itu sebagai sebahagian usaha kerajaan melindungi ekonomi terbesar di Asia Tenggara daripada kesan perang di Asia Barat yang meningkatkan harga minyak global. Program makanan percuma ini dilancarkan tahun lalu, dan inisiatif itu memberi manfaat kepada 61 juta orang termasuk kanak-kanak, bayi serta wanita hamil dan menyusu yang menjadi…

Read More

Mansuh peruntukan RM3.5 juta MP Kerajaan

SEPANG 29 Mac – Seorang pemimpin Pas mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan peruntukan RM3.5 juta yang diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan sebagai langkah penjimatan susulan ketegangan berterusan di Asia Barat. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata langkah sedemikian bakal menyaksikan penjimatan lebih besar, berbanding cadangan supaya elaun petrol Ahli Parlimen berjumlah RM1,500 dikurangkan. “Mansuhkan sahaja peruntukan RM3.5 juta untuk ahli parlimen kerajaan, penjimatannya lebih besar. Kerajaan boleh terus bantu rakyat sebagaimana kerajaan bantu rakyat di kawasan parlimen pembangkang. Bukankah itu lebih berkesan? Penjimatan sekitar setengah billion untuk setahun. Saya…

Read More

Pas kecam Islam digambarkan musuh

KUALA LUMPUR 29 Mac  – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mengecam sebarang usaha bagi menggambarkan mana-mana agama khususnya Islam yang dianuti lebih 1.9 bilion umat di seluruh dunia, sebagai musuh. Setiausaha Agungnya,  Takiyuddin Hassan, berkata naratif itu berisiko menimbulkan ketegangan, memperdalamkan salah faham dan menjejaskan usaha global ke arah saling menghormati serta memahami. Sambil menyifatkan tindakan itu berbahaya dan tidak bertanggungjawab, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menegaskan, Islam adalah agama yang diasaskan pada rahmat, keadilan dan keamanan. “Tindakan mengaitkan Islam secara meluas dengan keganasan adalah tidak tepat dari segi…

Read More