Penjelasan rasmi PN dalam dua minggu

KOTA BHARU 26 Sept. – Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh dua minggu berhubung isu penggantungan gabungan itu. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata PN kini dalam proses akhir menyiapkan jawapan lengkap selain mengadakan perbincangan susulan serta memohon perjumpaan khas dengan Ketua Pengarah RoS. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Karnival Cakna Rakyat Bunut Payong, di sini hari ini. RoS sebelum ini mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September lalu mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).…

Read More

Jernihkan kekusutan bukan ‘belasah tiada adab’

AYER KEROH 26 Sept.  – Kepemimpinan utama berperanan menjernihkan kekusutan dengan ilmu dan kebijaksanaan sambil memelihara martabat institusi, bukan membelasah ‘tiada adab, tiada tamadun’,” , kata Ahmad Zahid Hamidi. Justeru Timbalan Perdana Menteri menegur pihak tertentu supaya jangan mudah melabel sesuatu tindakan sebagai ‘derhaka’ atau ‘biadab’ sebelum memahami kedudukan institusi, Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. “”Janganlah label derhaka dan biadab mendahului kefahaman tentang duduk perkara,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu. Katanya, setiap pertikaian membabitkan institusi kesultanan dan pentadbiran negeri perlu dinilai berdasarkan kedudukan serta tanggungjawab setiap institusi terlebih…

Read More

Operasi UNRWA dalam tekanan

NEW YORK – Operasi dan mandat Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) kini dalam bahaya dengan beroperasi dalam keadaan “tekanan luar biasa”, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, hampir 400 kakitangan UNRWA di Gaza terkorban dan ratusan premisnya di Wilayah Palestin yang Diduduki “tidak dapat diakses, mengalami kerosakan teruk atau musnah sepenuhnya”. “Tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bercanggah dengan kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB,” katanya. pada mesyuarat tahunan peringkat menteri mengenai operasi agensi itu sempena…

Read More

Konflik AS, Iran bakal masuk fasa baharu

WASHINGTON – Konflik yang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka memasuki fasa baharu selepas pilihan raya pertengahan penggal AS pada November selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak kemungkinan menghidupkan semula gencatan senjata. Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Trump percaya serangan ke atas Iran berkemungkinan disambung semula selepas pilihan raya itu, menandakan pendirian lebih tegas Washington terhadap Tehran. Sebelum ini, Trump menyatakan beliau tidak menjangka rundingan baharu dengan Iran akan menjadi keutamaan Washington dan berpendapat perang itu boleh berakhir hanya selepas pilihan raya pertengahan penggal berlangsung. Hubungan…

Read More