Bekas PM, Sheikh Hasina dihukum mati

DHAKA 17 Nov. – Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina, dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di sini atas tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanuisaan tahun lalu.

Dalam perbicaraan tanpa kehadirannya, beliau didakwa melakukan jenayah terhadap kemanusiaan susulan tindakannya mengarahkan atau gagal menghalang pembunuhan besar-besaran dalam insiden protes anti-kerajaan ditunjangi pelajar.

Ketika membacakan keputusan di mahkamah, Hakim Golam Mortuza Mozumder berkata: “bekas Perdana Menteri yang dituduh melakukan jenayah terhadap kemanusiaan itu mengeluarkan arahan menggunakan dron, helikopter dan senjata.”

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 1,400 individu maut antara Julai dan Ogos 2024 ketika kerajaan Hasina berjuang mengekalkan kuasa.

Hasina sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu dan mendakwa tribunal terbabit ‘bermotifkan politik’.

Tribunal yang berlangsung berbulan-bulan itu mengadili dan menjatuhkan hukuman ke atas Hasina tanpa kehadirannya berikutan beliau melarikan diri ke India sejak Ogos tahun lalu.

Hasina yang melarikan diri ke India sejak Ogos tahun lalu, hidup dalam buangan dan  dilindungi negara jirannya, dengan kerajaan India turut mengabaikan permintaan untuk menyerahkannya bagi menghadapi perbicaraan.

Turut dikenakan hukuman sama adalah bekas Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan, yang turut dituduh dalam perbicaraan itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment