ALOR SETAR 26 Ogos – Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor, tidak menolak kemungkinan Kedah berdepan tuntutan ganti rugi bernilai ratusan juta ringgit daripada pengusaha premis perjudian. Katanya , tindakan itu susulan dasar negeri menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis judi sejak 2023 dan kerajaan negeri bersedia mempertahankan dasar itu di mahkamah sekiranya tuntutan dikemukakan pengusaha. “Dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri selepas mahkamah mendapati kita tak ada kuasa itu (mengharamkan judi), kita kena tanggung ganti rugi ini. Ganti rugi itu mungkin banyak sehingga beratus juta. “Kita bukan tahu syarikat…
Read MoreMonth: August 2026
Bersatu restui 2 ADUN sokong MB Pahang
SEPANG 26 Ogos – Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail mendapat restu parti itu. Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata ketetapan itu dibincangkan Biro Politik, dipengerusikan Presiden, Muhyiddin Yassin yang antara lain menyokong tindakan kedua-dua ADUN itu. Menerusi kenyataannya, beliau memaklumkan, ADUN Kuala Sentul, Jasri Jamaluddin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus menyatakan hasrat itu kepada kepemimpinan dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan. “Bersatu mengambil maklum tindakan Jasri dan Mohd Yazid menyatakan sokongan…
Read MoreBerita pilihan…
Usaha berterusan Trump batalkan visa
WASHINGTON – Rumah Putih membayangkan pembatalan sehingga 200,000 visa, warga asing yang menggunakan visa pelancong atau perniagaan untuk memohon suaka bagi menetap lebih lama di negara itu. Menurut Jabatan Negara AS hari ini, langkah tegas itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, untuk memperketat kemasukan imigran ke negara itu. Jabatan Negara AS kini bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk mengesan warga asing yang masuk menggunakan visa pelawat sementara, tetapi kemudian memohon suaka untuk menetap secara kekal. Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Tommy Pigott, menyalahgunakan visa…
Read MoreIran, Oman sambung rundingan
KAHERAH – Rundingan Iran bersama Oman disambung semula bagi mengurus Selat Hormuz laluan perkapalan strategik tersebut berikutan peningkatan tekanan ekonomi daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Iran dan Oman juga mengadakan rundingan dalam tempoh beberapa minggu berhubung kawalan lalu lintas yang mengendalikan 20 peratus daripada penghantaran minyak dan gas asli cecair global sebelum peperangan bermula pada Februari. Kedua-dua negara mendakwa mereka membincangkan koridor navigasi sementara bersama merentasi Selat Hormuz dan bersetuju untuk membersihkannya daripada periuk api. Dalam pada itu, Trump mendakwa semua periuk api di selat itu sudah dibersihkan.…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 26.08.2026
PN gesa RCI baharu siasat semula TH
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu ditubuhkan bagi melakukan siasatan semula ke atas Lembaga Tabung Haji (TH) bermula dari 2018 hingga kini. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata ini kerana dapatan laporan RCI mengenai TH sebelum ini, digunakan sebagai alat manipulasi untuk memberi gambaran agensi itu terjerumus dalam skandal kewangan. Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Setiausaha Agung Pas itu berkata, isu berbangkit ketika ini adalah manipulasi terhadap TH, kononnya bagi menggambarkan kerosakan dalam institusi kewangan Islam negara yang dibuat secara berlebih-lebihan.…
Read MoreRCI TH: Saya lapor jika berlaku kecurian
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Bekas Ketua Audit Negara Madinah Mohamad menegaskan beliau akan menjadi individu pertama tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika terbukti berlaku kecurian secara langsung dalam Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang tempoh yang dirujuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Beliau yang berkhidmat dari 2017 hingga 2019 menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 yang disediakan bersama pasukannya ketika itu adalah berdasarkan piawaian serta bukti audit sebelum penyata atau sijil dikeluarkan. “Saya tidak nampak apa-apa bukti sedemikian (unsur kecurian dalam TH) ketika masih bergelar Ketua Audit Negara sebelum…
Read MoreBerita pilihan…
AS$7 bilion bina tiga taman tema
PARIS – Perancis dan Arab Saudi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membina tiga taman tema berhampiran Paris di mana Arab Saudi akan melabur AS$7 bilion (kira-kira RM28 bilion). MoU itu termasuk membina sebuah taman yang dijangka bertemakan manga, iaitu komik Jepun ditandatangani sempena lawatan dua hari Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, ke Perancis. Arab Saudi akan melabur AS$7 bilion (kira-kira RM28 bilion) untuk membina tiga taman tema berhampiran Paris termasuk sebuah taman yang dijangka bertemakan manga, iaitu komik Jepun. Tiga taman tema itu akan dibina di Cergy-Pontoise, kira-kira…
Read More