Ebola merebak ketara di Congo

BERLIN – Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) merebak dengan ketara, dengan 5,794 kes disahkan dan 2,786 kematian dilaporkan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini terbaharunya berkata, wabak berkenaan kini merebak ke 60 zon kesihatan, meningkat daripada 54 zon yang dilaporkan pada 14 Ogos. Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, peningkatan kes dan penyebaran wabak ke kawasan geografi yang lebih luas dalam tempoh tiga bulan lalu menunjukkan peningkatan ketara. Wabak itu masih dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa. Kelewatan mengesan kes boleh meningkatkan…

Read More

JIMBA Bangi tawar pelbagai aktiviti

BANGI 29 Ogos – Karnival Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) selama dua hari bermula hari ini (29 & 30 Ogos) dengan pelbagai program di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Karnival ini menghimpunkan pelanggan, keluarga, komuniti serta rakan strategik Andalusia, pengendali haji dan umrah. Program bermula dengan Kursus Umrah Perdana yang dibimbing Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd (Andalusia)  Md Daud Che Ngah di pentas utama Karnival JIMBA. Pada masa yang sama Kuliah Duha Perdana bertajuk Al-Quran Penawar Hati Wanita berlangsung di Dewan Solat yang disampaikan oleh…

Read More

Runding perlu ikhlas, bukan ugutan, gertakan

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Sebarang perundingan UMNO dengan mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama dalam pilihan raya akan datang mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan dan gertakan. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memberi mandat kepada kepimpinan parti di peringkat negeri untuk mengadakan perbincangan dan rundingan itu. Bagaimanapun, katanya, sebarang rundingan bagi menjalin kerjasama pilihan raya perlu berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan atau gertakan. “Mesyuarat juga bersetuju untuk kepimpinan UMNO negeri melakukan perbincangan dan perundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama…

Read More

1,578 masih hilang, 392 maut

KATHMANDU – Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda sempadan Nepal-Tibet menyebabkan 1,468 individu dilaporkan hilang manakala pò392 disahkan maut. Agensi pengurusan bencana Nepal memaklumkan 910 individu masih belum ditemukan di negara itu, termasuk sekurang-kurangnya 517 warga asing. Di Tibet, pihak berkuasa China pula melaporkan 558 individu hilang, termasuk 260 warga asing. Lembaga Pelancongan Nepal merekodkan 667 pelancong dan pengembara tempatan serta asing sebagai hilang, termasuk 127 warga Nepal. Antara warga asing yang belum ditemukan ialah 178 rakyat India, 90 warga Amerika Syarikat (AS), 56 rakyat Ukraine, lebih 50 warga…

Read More

Julai catat 45,900 pemilih baharu

PUTRAJAYA 26 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 45,900 pemilih baharu iaitu warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2026 yang didaftarkan secara automatik. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Khairul Shahril Idrus berkata, mereka boleh membuat semakan melalui Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2026 (DPT BLN7/2026) bermula hari ini hingga 24 September. Beliau berkata DPT BLN7/2026 yang diperaku dan diwartakan hari ini juga mengandungi 50,547 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,006 pemilih yang bertukar kategori pengundi atau status. “SPR…

Read More