Logo di Melaka: PN minta penjelasan RoS

KOTA BHARU 29 Sept. – Perikatan Nasional (PN) menunggu maklum balas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung penggunaan logo pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka akan datang.

Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata PN telah menghantar surat kepada RoS semalam bagi mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan logo itu.

Menerusi surat yang sama, PN turut menuntut penjelasan dan butiran aduan dibuat Bersatu yang mendakwa wujud pelanggaran perlembagaan gabungan itu oleh kepimpinan baharu PN.

“Sekarang kita tak tahu, kita diminta untuk membuat penjelasan, tapi apa aduan dia (Bersatu) pun kita tak tahu. Jadi kita minta (penjelasan) daripada RoS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-57 di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Ditanya sama ada pihaknya mempunyai pilihan lain dalam penggunaan logo, beliau menjawab, perkara itu tidak menjadi masalah kerana mana-mana parti boleh menggunakan logo parti lain.

Setiausaha Agung Pas itu berkata, sama ada parti komponen PN akan menggunakan logo parti lain pada PRU DN Melaka nanti, ia akan dibincangkan selepas ini.

“Banyak pilihan lain. Dalam pilihan raya, logo mana-mana parti boleh guna. Seperti 2018, semua pakai logo PKR, Bersatu pakai, DAP pakai, jadi tak ada masalah. Logo bukan satu isu,” katanya.

RoS pada 24 September lalu, dilapor menggantung semua kegiatan PN melalui perintah dikeluarkan mengikut subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan

Related posts

Leave a Comment