SEREMBAN 26 Julai – Manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan Ke-16 menawarkan sembilan teras utama dengan menggariskan 88 usaha untuk rakyat di negeri itu. Selain itu jika BN diberi mandat 1 Ogos ini, manifesto itu turut ditambah dengan 15 Inisiatif Skim Salam Sejahtera, selain penubuhan satu Unit Penyelarasan Pemantauan Pelaksanaan Manifesto. Dengan tema ‘Hebatkan Semula Negeri Sembilan: Kestabilan Dibina, Negeri Dijaga, Rakyat Dibela, Kemakmuran Dicipta’, manifesto itu dilancarkan Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan di sini, malam ini.…
Read MoreDay: July 24, 2026
Sebulan tangani keluhan pengusaha restoran
Sebulan tangani keluhan pengusaha restoran BAGAN 24 Julai – Anwar Ibrahim, memberi tempoh maksimum sebulan kepada kementerian dan jabatan berkaitan menangani keluhan pengusaha restoran di negara ini berhubung kekurangan tenaga kerja Perdana Menteri berkata beliau mengakui terdapat keperluan mendesak untuk mengisi kekosongan pekerja dalam sektor tertentu, termasuk restoran. Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh membuka ruang sepenuhnya kepada kemasukan pekerja asing hanya bagi mengisi kekosongan tenaga kerja kerana jumlah pekerja asing sudah ramai, termasuk kalangan yang tidak berkemahiran. “Tetapi saya setuju, ada keperluan mendesak mengisi kekosongan pekerja di lapangan tertentu, termasuk restoran-restoran.…
Read MorePeluang ambil alih jika menang Chennah, Linggi
JELEBU 24 Julai – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan Linggi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) kali ini, sekaligus membuka laluan mengambil alih Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH). Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerusi DUN Chennah dan Linggi masing-masing ditandingi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun. “Bacaan saya, saya harap tidak salah bacaan saya.. kalau kita rampas Chennah, bererti kita merampas Negeri Sembilan. “Begitu juga kalau kita rampas dan kekalkan Linggi…
Read MoreJalaluddin calon No.1 MB Negeri Sembilan
JELEBU – Barisan Nasional (BN) mempunyai ramai calon Menteri Besar dan salah seorang daripadanya adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jalaluddin adalah calon nombor satu Menteri Besar Negeri Sembilan, namun ia bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Katanya, parti itu tidak perlu mengumumkan ‘poster boy’ atau calon Menteri Besar dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan. “Insya-Allah, kalau dulu menteri-menteri besar kita berprestasi tinggi. Saya yakin walaupun tidak disebutkan siapa ‘poster boy’ kita, siapa calon…
Read MoreTPM cadang wakil Orang Asli di pejabat MB
JELEBU 24 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pelantikan seorang pegawai khas mewakili masyarakat Orang Asli di pejabat Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, cadangan itu tidak perlu dimasukkan dalam manifesto kerana pelaksanaannya boleh dibuat menerusi pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, cadangan berkenaan adalah permintaan masyarakat Orang Asli yang disifatkannya munasabah, mengambil kira pendekatan sama yang sudah dilaksanakan di Pahang dan Perak. “Ini tak perlu manifesto, ia boleh dilaksanakan secara pentadbiran. Ini adalah permintaan mereka…
Read MoreBerita pilihan….
‘Hukuman ketenteraan besar’ ke atas Iran
TEHRAN – Amerika Syarikat (AS) dan Iran semalam saling mengugut untuk meningkatkan serangan antara satu sama lain selepas sekutu Tehran, Houthi menyerang kapal tangki minyak Arab Saudi. Presiden Donald Trump menegaskan Washington akan mempertanggungjawabkan Iran atas tindakan Houthi itu, sekali gus memberi amaran bahawa Tehran bersama sekutunya bakal mengalami ‘hukuman ketenteraan yang besar.’ Malahan lewat semalam, Trump melalui media sosial mengumumkan AS akan mula menggunakan aset Iran yang dibekukan dan kini berada dalam genggaman serta kawalan AS untuk membayar pampasan atas ‘sebarang dan semua kerosakan yang dialami kapal, kargo atau…
Read MoreSaudi perlu sertai Perjanjian Abraham.
WASHINGTON – Presiden Donald Trump menegaskan, perjanjian kerjasama tenaga nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi hanya akan diluluskan jika Riyadh mengiktiraf Israel menerusi penyertaannya dalam Perjanjian Abraham. Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, perjanjian nuklear awam itu yang disifatkannya hanya untuk tujuan bukan ketenteraan dan tidak melibatkan pengayaan bahan nuklear, tertakluk kepada pendirian Arab Saudi. Perjanjian Nuklear Awam (tiada aktiviti pengayaan uranium dibenarkan)… hanya berkaitan penggunaan bukan ketenteraan… akan diluluskan, namun ia tertakluk sepenuhnya kepada penyertaan Arab Saudi dalam Perjanjian Abraham,” katanya. Setakat ini, tidak dapat…
Read More