Bahan api cukup hingga Ogos

KUALA LUMPUR 29 Jun – Bekalan bahan api negara ketika ini mencukupi sehingga Ogos depan, manakala bekalan beras termasuk stok penimbal pula mampu menampung keperluan negara bagi tempoh antara lima hingga enam bulan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kerajaan juga sedang berusaha memastikan bekalan bahan api terus terjamin bagi memastikan aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik, perniagaan serta sektor kritikal tidak terjejas. “Bekalan makanan asas seperti ayam, telur, ikan, susu dan buah-buahan pula mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan,” katanya pada sesi penerangan mengenai krisis bekalan global di Dewan…

Read More

Mampu tampung 223,560 penumpang sehari

KUALA LUMPUR 29 Jun – Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) mampu menampung anggaran 223,560 penumpang sehari dengan anggaran 6,210 penumpang setiap jam dan arah (PPHPD) bagi 22 set tren tiga gerabak yang beroperasi bagi laluan itu. Timbalan Menteri Pengangkutan,  Hasbi Habibollah, berkata, ini antara lain menjadikan unjuran jumlah perjalanan penumpang harian membabitkan 67,000 pengguna sehari, pada tahun pembukaan perkhidmatan LRT3. Beliau menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai kelewatan dan pertambahan kos pelaksanaan projek LRT yang menimbulkan persoalan terhadap kecekapan kerajaan mengurus projek pengangkutan awam. Perkhidmatan LRT3…

Read More

10,000 dijangka guna LRT3 Shah Alam

SHAH ALAM 29 Jun – Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dijangka mencatatkan anggaran kira-kira 10,000 penumpang pada hari pertama pelancaran operasinya hari ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Amir Hamdan berkata, jangkaan itu berdasarkan sambutan menggalakkan orang ramai sejak perkhidmatan itu bermula pada pukul 6 pagi. Menurut beliau, setakat ini operasi berjalan lancar dengan kekerapan tren ketika waktu puncak dikekalkan sekitar lapan minit tanpa sebarang isu teknikal yang serius. “Saya melihat dari sudut jangkaan, mungkin boleh mencapai 5,000 hingga 10,000 penumpang untuk…

Read More

Hasina ikrar pulang ke Bangladesh

NEW DELHI – Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang sedang dalam buruan dan dijatuhkan hukuman mati secara ‘in absentia’ pada November tahun lalu berikrar akan pulang ke negaranya pada tahun ini. Menurut temu bual disiarkan, semalam, Hasina, 78 yang melarikan diri ke negara jiran, India, pada Ogos 2024 membuat kenyataan itu beberapa bulan selepas dijatuhi hukuman mati atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan. Hasina melarikan diri selepas kebangkitan diterajui pelajar menamatkan pemerintahan ‘kuku besi’ selama 15 tahun oleh beliau. Dalam temu bual dengan penyiar India, NDTV, Hasina yang tidak gentar…

Read More

1,000 maut kibat gelombang haba

ISTANBUL – Angka awal yang dikeluarkan pada Ahad (28 Jun) oleh Pejabat Kesihatan Awam Perancis merekodkan lebih 1,000 kematian sejak 24 Jun apabila gelombang haba luar biasa melanda sebahagian besar negara itu. Data berkenaan, yang masih bersifat sementara, menunjukkan peningkatan ketara dalam kadar kematian sepanjang tempoh gelombang haba, dengan majoriti peningkatan kematian membabitkan individu berusia 65 tahun ke atas. Agensi itu turut melaporkan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam jumlah kematian yang berlaku di rumah. Menteri Kesihatan Perancis, Stephanie Rist, sebelum ini memberi amaran bahawa kesan kesihatan akibat gelombang haba masih…

Read More

Anwar rayu beri mandat PH di Johor

SEPANG 28 Jun  – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, merayu rakyat Johor memberi kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu untuk menerajui pentadbiran negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor kali ini. Dalam hantaran melalui Facebook, hari ini, Perdana Menteri turut menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah itu dengan penuh bertanggungjawab dan ia tidak akan sekali-kali disia-siakan. “Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon PH untuk memimpin Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya. Beliau turut memetik sepotong ayat suci…

Read More

200 tinggalkan PKR sertai MIC

JOHOR BAHRU 28 Jun – Kecewa dengan kepemimpinan terkini PKR negeri dan Pusat, seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan menyertai MIC Bahagian Iskandar Puteri. Turut sama bekas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, M Murugan yang mendakwa kepemimpinan parti itu bersikap sambil lewa berhubung aduan dibuat pihaknya sejak sekian lama. Beliau menyertai PKR sejak 19 tahun lalu, paling lama dalam Cabang Iskandar Puteri dengan jawatan termasuklah Ketua Cabang serta menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh (2013) dan DUN Layang-Layang (2018)…

Read More

Pemuda UMNO sambut baik cadangan Pas

MELAKA – Cadangan Pas supaya penyokong dan pengundi Perikatan Nasional (PN) di kawasan yang tidak ditandingi gabungan itu pada pilihan raya di Johor, mengundi calon Barisan Nasional (BN) membuka lembaran baharu ke arah penyatuan ummah. Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata perkembangan itu memberi gambaran bahawa masih wujud ruang untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti-parti Melayu dan Islam, terutama dalam berdepan cabaran politik semasa. Pemuda UMNO menyambut baik cadangan PAS supaya penyokong dan pengundi Perikatan Nasional (PN) di kawasan yang tidak ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri…

Read More