“Di Putrajaya kawan di sini kita berlawan”

BATU PAHAT 28 Jun – Barisan Nasional (BN) berdepan situasi unik apabila perlu bertanding menyaingi rakan dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor kali ini, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, situasi yang menyaksikan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bertembung pada PRN Johor adalah berbeza daripada kebiasaan, namun ia perlu dihadapi secara profesional. “Kalau kita berlawan dengan seteru politik yang sebenar, senang… tetapi (ini) sukar kerana di Putrajaya kita berkawan, di sini kita berlawan. Sangat-sangat susah… saya pun tidak tahu apa…

Read More

Pastikan kemenangan BN di Johor

BATU PAHAT 28 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor kali ini, sebagai titik permulaan kebangkitan selepas melalui tempoh suram sejurus PRU14 lapan tahun lalu. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan berkenaan juga penting untuk memastikan Johor terus kekal sebagai simpanan tetap parti itu. “Apa yang penting, kita perlu menangkan calon kita terlebih dahulu…dengan izin Allah, tanpa berasa bangga, sombong. Kita mengingatkan UMNO dan BN akan bangkit secara nyata bermula dari bumi Johor yang bertuah ini.…

Read More

Putra bantu kempen demi agenda Melayu

SEPANG 28 Jun – Putra akan turun padang sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor kali ini walaupun parti itu tidak meletakkan calon, kata Setiausaha Agungnya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif. Katanya, sebagai parti yang menjalin kerjasama longgar dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), Putra akan memberi sokongan kepada parti-parti rakan IPR terutama Bersatu yang telah mewujudkan inisiatif ini melalui pelbagai bentuk kempen, sama ada ceramah secara fizikal mahupun kempen di platform digital dan media sosial. “Putra kekal berpegang teguh kepada prinsip penubuhannya untuk menyokong mana-mana parti…

Read More

Hizbullah tak iktiraf perjanjian Tel Aviv, Beirut

BEIRUT – Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, tidak mengiktiraf sebarang perjanjian antara Tel Aviv dan Beirut serta mengisytiharkan perjanjian berkenaan tidak sah selagi tentera Israel tidak meninggalkan Lubnan sama sekali. Qassem menyifatkan perjanjian itu sebagai memalukan, mengaibkan dan satu penyerahan kedaulatan serta memberi amaran ia boleh membawa kepada pengilhakan selatan Lubnan oleh Israel. “Perjanjian ini terbatal dan tidak sah. Sebaliknya, peruntukan dalam memorandum persefahaman Iran-Amerika Syarikat (AS) perlu dilaksanakan,” katanya merujuk kepada perjanjian antara kedua-dua negara bagi menamatkan konflik lebih luas di Asia Barat, termasuk gencatan senjata di Lubnan. Perjanjian itu…

Read More

Iran tidak wujud lagi jika AS sambung perang

WASHINGTON – Iran tidak akan lagi wujud jika Amerika Syarikat (AS) terpaksa menyambung semula peperangan, ketika AS tidak lagi mampu bertolak ansur dan terpaksa menyempurnakan secara ketenteraan apa yang sudah dimulakan. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika memberi amaran itu menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya turut menuduh Tehran melanggar perjanjian gencatan senjata. “Pesawat AS baru sahaja menyerang lokasi simpanan peluru berpandu dan dron Iran, serta tapak radar pantai Irankerana sekali lagi melanggar Perjanjian Gencatan Senjata! “Mungkin akan tiba satu ketika apabila kami tidak lagi mampu bertolak ansur…

Read More

Senarai calon pilihan raya Johor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sebanyak 172 calon daripada pelbagai parti politik layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas proses penamaan calon selesai di 56 pusat penamaan calon hari ini. Berikut adalah calon bagi PRN Johor mengikut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). N01 Buloh Kasap: 1. Datuk Zahari Sarip (BN-UMNO) 2. Noraziah Mohd Razit (PH-PKR) (2022: Zahari Sarip: BN-UMNO: Maj: 5,377) N02 Jementah: 1. Saifullah Abdul Wahab (PN-PAS) 2. See Ann Giap(BN-MCA) 3. Ng Kor Sim (PH-DAP) (2022: Ng Kor Sim: PH-DAP: Maj: 714) N03 Pemanis: 1.…

Read More

172 rebut 56 kerusi DUN Johor

JOHOR BAHRU 27 Jun – Sebanyak 172 calon mewakili pelbagai parti politik dan Bebas mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 selepas proses penamaan calon ditutup pukul 10 pagi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkata, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Ini diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 33 kerusi, Parti Bersama Malaysia (Bersama) 15, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) 4; Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing…

Read More

Machap: Onn Hafiz berdepan calon Amanah

SIMPANG RENGGAM 27 Jun – Satu lawan satu melibatkan persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap apabila Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, bakal berdepan pencabar tunggalnya dari Pakatan Harapan (PH). Onn Hafiz,  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor yang akan mempertahankan kerusi itu bagi penggal kedua akan berdepan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah, Nur Hafiz Roslan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor 11 Julai ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Izzul Helmi Ahmad, ketika mengesahkan pertembungan itu memberitahu, kertas penamaan kedua-dua calon diterima tanpa sebarang bantahan. “Saya menerima…

Read More