Anwar rayu beri mandat PH di Johor

SEPANG 28 Jun  – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, merayu rakyat Johor memberi kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu untuk menerajui pentadbiran negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor kali ini.

Dalam hantaran melalui Facebook, hari ini, Perdana Menteri turut menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah itu dengan penuh bertanggungjawab dan ia tidak akan sekali-kali disia-siakan.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon PH untuk memimpin Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.”

Menerusi hantaran itu, beliau turut memuat naik foto lima calon PH yang akan bertanding pada 11 Julai ini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment