Ribuan hadiri pengebumian Presiden Iran

MASHHAD : Ribuan rakyat memenuhi jalanan untuk mengiri perjalanan akhir Presiden Iran Allahyarham Ebrahim Raisi yang dikebumikan di bandar suci Mashhad pada Khamis.

Majlis pengebumian Ebrahim, 63 diadakan empat hari selepas beliau meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan pada Ahad lalu.

Pengebumian jenazah Allahyarham Ebrahim turut dihadiri oleh pegawai kerajaan dan tentera Iran, serta tokoh agama.

Bunga dilemparkan ke kerandanya ketika ia bergerak perlahan menaiki trak melalui orang ramai untuk dikebumikan di Kubah Emas Imam Reza, tapak suci Islam Iran dan dihormati sebagai tempat Imam Ali Al-Reza abad ke-9 disemadikan.

Allahyarham Ebrahim maut dalam insiden helikopter terhempas yang turut menyebabkan lapan penumpang dan anak kapal terbunuh termasuk Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian.

Hossein pula dikebumikan di selatan Tehran di makam di bandar Rey Shah Abdolazim, di mana ahli politik dan tokoh terkenal Iran dikebumikan

Iran mengisytiharkan lima hari berkabung untuk Ebrahim yang berasal dari Mashhad, iaitu 900 kilometer dari timur Tehran.

Allahyarham Ebrahim, 63, dilihat calon paling tepat untuk menggantikan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei yang berusia 85 tahun.

Manakala, pengganti Ebrahim, Mohammad Mokhber, yang pernah menjadi Naib Presiden pertama akan berkhidmat sebagai Presiden sementara sehingga pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan pada 28 Jun depan.

(Foto muka depan akhbar Tehran Times)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment