Ditahan bawa jemaah tanpa permit

MINA – Pasukan Keselamatan Haji yang ditempatkan di pintu masuk ke Makkah menahan seorang ekspatriat dan tujuh rakyat tempatan kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 18 individu tanpa permit sah. Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengenakan denda sehingga SAR100,000 terhadap pihak yang membawa jemaah tanpa permit dan semua individu yang terbabit dalam pelanggaran itu. Denda sehingga SAR20,000 turut dikenakan terhadap individu yang dibawa kerana cuba menunaikan haji tanpa permit. Ekspatriat yang melanggar peraturan itu akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun selepas selesai menjalani hukuman. Kementerian…

Read More

1.51 juta tunai haji tahun ini

MAKKAH – Sebanyak 1.51 juta jemaah haji dari luar negara berhimpun di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, meningkat sekitar 11,000 berbanding tahun sebelumnya. Jumlah itu dicatatkan walaupun terdapat kebimbangan berkaitan kemungkinan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran kembali memuncak. Sebelum gencatan senjata dilaksanakan bulan lalu, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan dron ke atas Arab Saudi serta negara Teluk lain sebagai tindak balas terhadap serangan udara oleh AS dan Israel. Sebagai langkah keselamatan, Kementerian Pertahanan Arab Saudi turut menayangkan sistem pertahanan udara di…

Read More

200,000 dari Bersatu bersama Hamzah Zainudin?

SEPANG 25 Mei – Bekas Pengerusi Bersatu Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa lebih 200,000 ahli parti itu sudah keluar atau dijangka meninggalkan Bersatu untuk menyertai ‘Reset’ yang dipimpin Hamzah Zainudin. Beliau mendakwa penghijrahan besar-besaran ahli berlaku disebabkan budaya dalaman parti yang semakin mengecewakan akar umbi sekaligus menafikan dakwaan bahawa Hamzah menjadi punca perpecahan dalam parti berkenaan. Bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa, ahli akan mula membenci apabila sesebuah parti politik mula beroperasi seperti syarikat sendirian berhad dalam mengambil tindakan. Ini termasuk memilih bulu dalam tindakan…

Read More

Kekal bertanding solo di Johor tidak janggal

KUALA LUMPUR 25 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk kekal bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, bukan perkara janggal. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor,  Onn Hafiz Ghazi, yang menegaskan pendirian itu berkata, kerajaan negeri Johor ketika ini adalah 100 peratus BN, bukannya kerajaan gabungan seperti di beberapa negeri lain. “Dari segi kerajaan negeri Johor, ini adalah kerajaan 100 peratus BN… tiada istilah gabungan seperti disebut sebelum ini, (manakala) PN dan PH adalah pengimbang. Jadi bila kita…

Read More

Jaminan Iran tidak bina senjata nuklear

ISTANBUL – Presiden Masoud Pezeshkian memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa yang ia tidak membangunkan senjata nuklear atau mencetuskan ketidakstabilan di rantau itu. Beliau berkata, sejurus sebelum Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, syahid, Iran sudah memberi jaminan kepada dunia bahawa negara itu tidak menghasilkan senjata nuklear. “Sebaliknya, Tel Aviv yang mencetuskan ketidakstabilan serantau,” katanya sambil menuduh Israel mengamalkan agenda “Greater Israel. “Perunding Iran tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap “maruah dan kehormatan” negara itu, “ tegas Pezeshkian. Kenyataan beliau dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian dengan…

Read More

Rundingan Iran-AS teratur dan membina

ISTANBUL – Rundingan dengan Iran berjalan secara teratur dan membina tetapi Amerika Syarikat (AS) menegaskan sekatan akan kekal dilaksanakan sehingga perjanjian akhir dicapai, kata Presiden Donald Trump. Menerusi hantaran di platform media sosialnya, Truth Social, Trump berkata sekatan akan terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga satu perjanjian dicapai, disahkan dan ditandatangani. “Kedua-dua pihak perlu mengambil masa secukupnya dan memastikan ia dilakukan dengan betul. Tiada ruang untuk kesilapan!” kata Trump. Beliau turut berkata hubungan AS-Iran menjadi “lebih profesional dan produktif”, namun memberi amaran bahawa Tehran tidak boleh membangunkan atau memperoleh senjata nuklear.…

Read More

Bersatu kesal tuduhan Hadi Awang

SEPANG 24 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berhubung beberapa isu pada sidang media di Rusila Jumaat lalu. Biro Politik Bersatu dalam kenyataannya berkata, isu-isu berkenaan sepatutnya dibawa ke meja musyawarah antara kedua-dua parti gabungan Perikatan Nasional (PN) itu dan diselesaikan secara dalaman dengan penuh harmoni. Isu yang dibangkitkan Abdul Hadi antaranya pertukaran Menteri Besar Perlis, tuduhan Bersatu tiada jentera pilihan raya, tindakan disiplin terhadap ahli-ahli Bersatu dan krisis politik di Negeri Sembilan. Justeru Abdul Hadi…

Read More