PN gesa ADUN Seri Kembangan mohon maaf

SEPANG 19 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Wong Siew Ki digesa memohon maaf secara terbuka, tanpa syarat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta rakyat negeri itu atas kenyataannya yang menimbulkan keresahan awam serta mencetuskan ketegangan yang tidak sewajarnya. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri,  Mohamed Azmin Ali yang membuat gesaan itu juga menggesa Menteri Besar selaku Ketua Majlis bagi Dewan Negeri Selangor mengambil tindakan tegas terhadap Siew Ki termasuk merujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor. “Ini mustahak memandangkan Sultan Selangor adalah salah…

Read More

Pas gesa Speaker DUN Selangor letak jawatan

SHAH ALAM 19 Mei – Pemuda Pas Selangor menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Lau Weng San meletakkan jawatan susulan kegagalan mengambil tindakan tegas terhadap kontroversi membabitkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu babi ketika sidang DUN baru-baru ini. Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, kegagalan Speaker mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa memperlihatkan kelemahan serius dalam mempertahankan kemuliaan Dewan serta menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurutnya, Speaker tidak boleh lari daripada tanggungjawab susulan isu berkenaan yang mencetuskan kontroversi dan keresahan rakyat. “Justeru,…

Read More

SPM kekal asas kemasukan ke IPTA

KUALA BERANG 19 Mei – Kelayakan asas kemasukan ke universiti awam (IPTA) masih berpaksikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Tinggi,  Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata keputusan berkenaan sudah dimuktamadkan di peringkat Jemaah Menteri dan menjadi asas utama dalam sistem kemasukan pelajar ke IPTA melalui Unit Pusat Universiti (UPU) Online. “Selagi saya jadi menteri, saya tidak akan benarkan pendidikan tanpa ada asas SPM. Tidak kiralah ada yang belajar di sekolah ini ke sekolah itu ke, asasnya nak masuk ke UPU tetap perlu ada SPM,” katanya. Beliau berkata demikian…

Read More

ADUN Seri Kembangan kunjungilah Dataran Selangor

SEPANG 19 Mei – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menyeru semua wakil rakyat negeri ini berkunjung ke Dataran Selangor dua kali sebulan dan membaca serta memahami makna Rukun Negara pada Plak Monumen di situ. Khusus kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, baginda menyarankan supaya datang seminggu sekali ke Dataran Selangor. “Datanglah seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk fahamkan dan hayati makna Rukun Negara, agar menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada…

Read More

Tidak timbul BN khianati Kerajaan Perpaduan

SEPANG 19 Mei – Barisan Nasional (BN) menolak dakwaan bahawa gabungan itu mengkhianati Kerajaan Perpaduan susulan keputusan BN Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir berkata, persefahaman dan asas pembentukan kerajaan Perpaduan adalah atas tanggungjawab kenegaraan untuk mengelakkan negara terheret dalam polemik politik berpanjangan. “Persefahaman ini disepakati hingga mandat berakhir. Justeru tidak timbul persoalan Barisan Nasional mengkhianati Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, BN akan terus memainkan peranan memelihara…

Read More

Amaran ILO akibat konflik berlarutan

GENEVA – Laporan terbaharu Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengeluarkan amaran bahawa konflik berlarutan di Asia Barat memberi kesan langsung terhadap pekerjaan, gaji dan kos sara hidup di seluruh dunia. Konflik berpanjangan itu berisiko menyebabkan jutaan pekerjaan terjejas dan menurunkan pendapatan pekerja pada 2026 dan 2027, termasuk pekerja migran yang bergantung kepada kiriman wang ke negara asal. Laporan itu menyatakan kenaikan kos tenaga, gangguan pengangkutan, tekanan terhadap rantaian bekalan global, kelembapan sektor pelancongan dan pengurangan tenaga kerja migran mula membebankan ekonomi dunia. ILO meramalkan pendapatan global menyusut sebanyak 1.1 peratus tahun…

Read More

PBB bimbang pembersihan etnik

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlakunya pembersihan etnik di seluruh wilayah Palestin dan Tebing Barat yang diduduki. Justeru, PBB menggesa Israel menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di mana menurut laporan bahawa perang Israel di wilayah Gaza itu adalah genosid, dengan hampir 73,000 orang dilaporkan terbunuh. Laporan yang menyiasat tindakan ketenteraan Israel sehingga Mei 2025 dan diterbitkan oleh Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, merumuskan, Israel melakukan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang dalam banyak kes mungkin bersamaan dengan jenayah perang serta kekejaman lain. Menurut…

Read More

Rafizi, Nik Nazmi hantar surat letak jawatan

KUALA LUMPUR 18 Mei –  Bekas Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini, menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul, memaklumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa. Dalam kenyataan bersama, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi bekas Naib Presiden PKR berkata pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat berikutan hasrat mereka berdua untuk meneroka hala tuju politik baharu. Mereka juga menegaskan akan kembali bertanding di Parlimen sama pada Pilihan Raya Umum (PRU)…

Read More