SEPANG 31 Mei – Kenyataan DAP Johor yang mendedahkan parti itu merancang memindahkan Marina Ibrahim ke kawasan pilihan raya lain secara tidak langsung menjawab persoalan kenapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu mengumumkan persaraan daripada politik. Walaupun Marina tidak menyatakan sebab pengunduran itu, penjelasan Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching menjawab persoalan itu apabila kepemimpinan parti berpandangan bahawa Marina merupakan calon paling berpotensi untuk menggalas misi strategik DAP melangkah keluar daripada kawasan tradisi parti. Kebetulan tular surat yang didakwa daripada Marina kepada DAP Johor yang menyatakan beliau menolak tawaran…
Read MoreMonth: May 2026
PH sedia pimpin Johor – Zaliha
SEPANG 31 Mei – Pakatan Harapan (PH) bertekad untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan bersedia mentadbir dengan baik, kata Pengerusi PKR Johor Dr Zaliha Mustafa. Katanya, PH bersedia memimpin perubahan, membina Johor yang lebih maju, makmur dan adil untuk semua. “Bersiaplah! Rakyat Johor semakin waras, dan mereka akan membuat pilihan yang tepat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya selepas mengadakan perbincangan bersama Pengarah Pilihan Raya PKR, Amiruddin Shaari. Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, perbincangan bersama Naib Presiden PKR itu adalah bagi memperkemaskan persiapan menghadapi PRN Johor…
Read MoreMarina bersara, tidak pertahan DUN Skudai
JOHOR BAHRU 31 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sekali gus berundur daripada arena politik. Katanya, keputusan itu diambil setelah perbincangan bersama insan-insan yang sentiasa berada di sisinya sepanjang perjalanan ini. Susulan itu, beliau memilih untuk kembali ke lapangan, menyantuni masyarakat dan meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sebelum melangkah ke dunia politik. Pada PRN Johor 2022, Marina memenangi kerusi Skudai dengan majoriti lebih 13,943 undi, menewaskan calon Barisan…
Read MoreCadang Pas, Bersatu bergerak berasingan
SEPANG 31 Mei – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari secara peribadi mencadangkan Pas dan Bersatu bergerak secara berasingan di pentas pilihan raya selepas melihat tiada lagi harapan untuk sebarang kerjasama secara harmoni. Ahli Parlimen Pasir Mas itu merujuk video ceramah yang tular oleh Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali di Melaka malam tadi yang didakwa melabel pihak yang mendakwa Bersatu tidak mempunyai jentera sebagai ‘pekak’. Terdahulu Presiden Pas Abdul Hadi Awang pada satu sidang media mendakwa bahawa Bersatu hanya memperbanyakkan calon pilihan raya tetapi tiada jentera. Menerusi satu hantaran…
Read MorePN tanding semua 28 kerusi DUN Melaka
MELAKA 31 Mei – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Timbalan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata pembahagian kerusi akan dimuktamadkan menerusi rundingan bersama parti komponen bagi memastikan strategi terbaik dapat dirangka untuk meraih kemenangan. Beliau berkata, PN kini berada dalam keadaan bersedia menghadapi pilihan raya dengan jentera di semua peringkat sedang diperkukuhkan, manakala ketua-ketua bahagian Bersatu diminta mengemukakan nama calon yang layak untuk dipertimbangkan. Katanya, pemilihan calon akan dibuat berdasarkan…
Read MoreBerita pilihan…
Wabak Ebola “sangat membimbangkan”
BUNIA – Medecins Sans Frontieres (MSF), organisasi perubatan antarabangsa berkata penyebaran pantas wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo) kini berada pada tahap “sangat membimbangkan”. Timbalan Pengarah MSF, Dr Alan Gonzales berkata, hanya dua minggu selepas wabak itu diisytiharkan, jumlah kes yang direkodkan meningkat dengan begitu cepat sehingga ia tidak pernah berlaku sebelum ini. “Tidak pernah sebelum ini wabak Ebola merekodkan begitu banyak kes dalam tempoh yang begitu singkat selepas ia diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut angka terkini, lebih 1,000 kes disyaki Ebola telah dilaporkan di DR Congo…
Read MoreArab Saudi umum kejayaan operasi haji
RIYADH – Arab Saudi mengumumkan kejayaan pelaksanaan pelan operasi musim haji 1447 Hijrah, dengan melibatkan lebih 22,000 petugas khusus dengan sokongan 3,000 aset dan jentera yang beroperasi sepanjang masa di Makkah dan tapak suci. Jurucakap Kementerian Perbandaran dan Perumahan Arab Saudi, Mohammed Al Rasasimah berkata, pembersihan dan sanitasi alam sekitar berjaya mengutip lebih 250,000 tan sisa di Makkah sejak 15 Zulkaedah, dengan purata melebihi 6,000 tan sehari. Selain itu, lebih 16,000 tan sisa dibersihkan di tapak suci dengan purata melebihi 200 tan sehari. Pasukan khas turut menjalankan lebih 38,000 lawatan…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 31.05.2026
Boleh tonton di Singapura
KUALA LUMPUR 30 Mei – Filem Konspirasi yang dihentikan tayangan di pawagam di seluruh negara, mulai kelmarin masih boleh ditonton di Singapura dan negara lain. Elepfilm Entertainment menerusi kenyataan dua perenggan yang dikongsi di Instagram (IG), mengesahkan Konspirasi dihentikan tayangan di seluruh negara. “Pihak produksi secara rasmi mengumumkan bahawa filem aksi ‘thriller’ terbaharu terbitan kami, Konspirasi telah ditamatkan tayangannya di seluruh rangkaian pawagam Malaysia berkuatkuasa pada 28 Mei lalu,” menurut kenyataan itu. Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut, tayangan filem Konspirasi di pawagam di Singapura dan negara lain, tidak terjejas. Kenyataan itu…
Read More