Jaminan Iran tidak bina senjata nuklear

ISTANBUL – Presiden Masoud Pezeshkian memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa yang ia tidak membangunkan senjata nuklear atau mencetuskan ketidakstabilan di rantau itu.

Beliau berkata, sejurus sebelum Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, syahid, Iran sudah memberi jaminan kepada dunia bahawa negara itu tidak menghasilkan senjata nuklear.

“Sebaliknya, Tel Aviv yang mencetuskan ketidakstabilan serantau,” katanya sambil menuduh Israel mengamalkan agenda “Greater Israel.

“Perunding Iran tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap “maruah dan kehormatan” negara itu, “ tegas Pezeshkian.

Kenyataan beliau dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian dengan Iran untuk menamatkan perang “sebahagian besarnya sudah dirundingkan” dan menunggu ia di muktamadkan.

Ketegangan serantau meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Februari. Tehran kemudian bertindak balas dengan serangan ke atas Israel serta sekutu AS di Teluk, selain menyebabkan penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April lalu melalui perantaraan Pakistan dan kemudian dilanjutkan tanpa had oleh Trump.

Related posts

Leave a Comment