BRUSSELS – Dua puluh sembilan anggota Parlimen Eropah (MEP) menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir dan pihak lain yang bertanggungjawab terhadap penderaan aktivis flotila Gaza. Anggota MEP dari Itali, Danilo Della Valle berkata, mereka menghantar surat kepada Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa bagi menggesa pengaktifan rejim sekatan hak asasi manusia global EU. Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Della Valle berkata, aktivis pertama daripada flotila yang pulang ke tanah air melaporkan insiden amat serius termasuk dipamerkan kepada umum dalam…
Read MoreMonth: May 2026
AS ulangi hasrat ambil uranium Iran
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengulangi hasrat Washington untuk mengambil alih simpanan uranium diperkaya tinggi milik Iran bagi program nuklearnya. Bercakap kepada media di White House, Trump berkata, langkah itu penting bagi memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear. “Kami akan pastikan mereka tidak mempunyai senjata nuklear atau kami terpaksa mengambil tindakan yang sangat drastik. Saya percaya rakyat Amerika akan bersetuju kita tidak boleh membenarkan Iran memiliki senjata nuklear,” katanya. Ditanya sama ada Iran boleh mengekalkan simpanan uranium diperkaya tinggi, Trump menjawab dengan tegas bahawa Amerika…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 22.05.2026
Tony Pua beri keterangan isu Raja, Rukun Negara
SEPANG – Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memberi keterangan selama kira-kira 40 minit susulan kenyataannya menerusi platform Facebook mengenai Rukun Negara dan dakwaan kuasa Raja di negara ini adalah terhad. Menerusi satu hantaran di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. “Saya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira 1.30 tengah hari tadi bagi mengatur temu janji untuk memberikan kenyataan saksi berhubung hantaran saya mengenai Rukun Negara. Saya menawarkan diri untuk…
Read More39,111 pengundi baharu sepanjang April
PUTRAJAYA 21 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 39,111 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas sebagai pemilih baharu sepanjang bulan April lalu, kata Setiausahanya, Khairul Shahril Idrus. Katanya, dalam tempoh sama, 15,880 orang pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya manakala 1,369 lagi pemilih bertukar kategori pengundi atau status. Dalam satu kenyataan, SPR juga memaklumkan bahawa daftar pemilih tambahan (DPT) April 2026 sudah diperaku semalam dan diwartakan hari ini serta dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 Mei hingga 19 Jun ini. Khairul Shahril berkata, SPR…
Read More19 AJK AMK Pandan letak jawatan
KUALA LUMPUR 21 Mei – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pandan, Haqimi Zamri bersama 18 daripada 26 ahli jawatankuasa (AJK) sayap berkenaan meletak jawatan serta-merta. Daripada jumlah itu, 14 daripada AJK terbabit turut keluar PKR dengan notis makluman rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh dalam masa terdekat. “Saya selaku Timbalan Ketua AMK Pandan merangkap Exco AMK Selangor, dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya daripada semua jawatan dalam PKR serta keluar daripada parti berkuat kuasa serta-merta. “Bersama-sama saya, seramai 19 lagi pimpinan AMK Pandan…
Read MoreBersatulah Melayu, umat Islam
SEPANG 21 Mei – Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah menitahkan agar orang Melayu dan umat Islam di negara ini supaya terus bersatu padu, sama ada daripada kalangan pemimpin politik hinggalah kepada rakyat jelata. Baginda mengingatkan, jika mereka terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, maka yang akan rugi dan lemah adalah orang Melayu dan umat Islam. Titah baginda, ketika jutaan umat Islam berhimpun di Tanah Suci tanpa mengira pangkat, bangsa dan kedudukan untuk menunaikan haji, mereka menunjukkan satu contoh perpaduan yang amat besar nilainya kepada seluruh dunia Islam. “Mengambil teladan…
Read MoreBerita pilihan…
Iran selaras 26 kapal di Selat Hormuz
TEHRAN – Ketika rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pembukaan semula laluan perkapalan di Selat Hormuz masih buntu, Iran mendakwa telah menyelaras pergerakan 26 kapal melalui kawasan strategik itu dalam tempoh 24 jam. Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa semua trafik di Selat Hormuz kini dikendalikan dengan “kebenaran dan penyelarasan” Tentera Laut IRGC. Perkembangan itu berlaku susulan langkah Iran memperketat kawalan di selat berkenaan, termasuk penetapan zon maritim terkawal yang mewajibkan kapal mendapatkan kelulusan sebelum transit. Selat Hormuz merupakan laluan penting perdagangan global, dengan kira-kira satu…
Read MoreAS sedia lancar serangan lanjut
WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata, Amerika Syarikat (AS) bersedia melancarkan serangan lanjut terhadap Tehran sekiranya Iran gagal bersetuju dengan perjanjian damai. Beliau menggambarkan situasi semasa sebagai “di ambang genting” dan boleh meningkat dengan pantas pada bila-bila masa namun memberi bayangan bahawa pihaknya masih boleh menunggu beberapa hari untuk memperoleh “jawapan tepat.” Enam minggu selepas beliau menghentikan Operasi Epic Fury bagi memberi laluan kepada gencatan senjata, rundingan untuk menamatkan konflik masih menunjukkan kemajuan yang terhad, selain tekanan kenaikan harga bahan api yang menjejaskan sokongan terhadap pentadbirannya. “Percayalah, jika kita tidak…
Read More