Petikan pilihan Sultan Selangor buat renungan

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerusi Facebook Selangor Royal Office berkongsi petikan kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-33, Harry S. Truman yang menarik perhatian baginda. Menurut hantaran di Facebook itu, baginda terbaca dan tertarik dengan “quote” bekas Presiden AS itu “No man can get rich in politics unless he’s a crook” yang ingin dikongsi bersama rakyat jelata. Jika diterjemahkan ia membawa maksud : “Tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng.” Baginda turut berkenan berkongsi “quote” susulan daripada terjemahan itu yang berbunyi :-…

Read More

Berat badan DAK meningkat

IPOH 6 Mei  – Susulan pelbagai desakan supaya membawa pulang tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK), Majlis Perbandaran Taiping (MPT), tampil menjelaskan keadaan DAK yang kini berada di Zoo Tennoji, Jepun. Dalam kenyataannya hari ini, MPT memaklumkan DAK menunjukkan peningkatan berat badan yang konsisten. MPT menyifatkan perkembangan itu mencerminkan tahap kesihatan, pemakanan dan penjagaan harian yang baik serta terkawal, sekali gus menunjukkan kebajikan haiwan terbabit berada pada tahap tinggi dan mematuhi amalan terbaik pengurusan dalam kurungan. Menurut kenyataan itu, berat badan Kelat meningkat sebanyak 440 kilogram…

Read More

Sultan Selangor tidak mahu bertindak sebagai ‘rubber stamp’

SEPANG 6 Mei  – Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor menyangkal pandangan serong dan negatif kalangan pemimpin politik dan pihak tertentu yang menganggap titah Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri. Sebaliknya titah Sultan Selangor sempena Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Keempat Dewan negeri Selangor ke 15 pada 20 April lalu, adalah selari dengan konsep Raja Berperlembagaan. Menerusi satu kenyataan hari ini, Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor menjelaskan tanggapan negatif itu adalah tidak berasas serta berpunca daripada salah faham terhadap peranan raja dalam sistem pemerintahan negara. Menurut kenyataan itu,…

Read More

Guan Eng jangan jadi ‘batu api’

SEPANG 6 Mei – Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang mampu mencetuskan masalah lebih besar dalam hubungan rakan Kerajaan Perpaduan. Katanya, kenyataan Lim Guan Eng yang menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan tidak membantu sebaliknya boleh mengeruhkan keadaan. “Kenyataan sedemikian tidak membantu, malah boleh mengeruhkan keadaan ketika pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul kebelakangan ini,” katanya. Dalam kenyataannya, Menteri Besar Pahang itu berkata, jika…

Read More

Ternak babi jauh dari kawasan perumahan di Selangor

KUALA LUMPUR 6 Mei   – Penternakan babi di Selangor hanya boleh dibangunkan di kawasan baharu yang jauh daripada kawasan perumahan serta sumber air kritikal bagi mengelakkan isu pencemaran dan gangguan kepada penduduk. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu disampaikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata ketetapan itu dibuat selepas sembah maklum dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. “Kerajaan Persekutuan juga berpendirian perlu ada penggunaan teknologi tinggi yang mampu…

Read More

Johor tubuh jawatankuasa khas

ISKANDAR PUTERI 6 Mei  – Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi meneliti aspek keselamatan di sekolah, susulan insiden seorang murid perempuan Tahun Dua yang maut dilanggar sebuah van di hadapan sekolah di Batu Pahat, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, berkata selain meneliti punca kejadian, jawatankuasa itu akan turut memberikan tumpuan kepada penambahbaikan garis panduan keselamatan sedia ada, serta menyelaras pelaksanaan langkah keselamatan di peringkat negeri. “Jawatankuasa ini juga akan menyokong pelaksanaan Kempen Sekolah Selamat yang tidak hanya membabitkan aspek keselamatan jalan raya, tetapi juga keselamatan murid…

Read More

Keadaan kesihatan awam merosot

GAZA – Penyakit kulit parasit seperti kudis buta serta cacar air di Semenanjung Gaza meningkat dengan ketara, tiga kali ganda dari Januari hingga Mac lalu yang menunjukkan keadaan kesihatan awam semakin merosot. Menurut laporan situasi mingguan oleh Pusat Komunikasi Kerajaan di Pejabat Perdana Menteri Palestin, keadaan itu disebabkan tahap sanitasi lemah, kekurangan air dan sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan. Laporan itu menyebut, pihak berkuasa pendudukan Israel masih menggunakan air sebagai senjata, sekali gus menghalang hak asasi rakyat Palestin di Gaza terhadap akses kepada air serta memburukkan lagi penderitaan mereka, dalam…

Read More

Perang dengan Iran boleh berlanjutan

ISTANBUL – Perang dengan Iran boleh berlanjutan untuk tempoh dua atau tiga minggu lagi, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam satu temu bual telefon dengan penyampai radio, Hugh Hewitt, kelmarin. Bagaimanapun, Trump enggan menyatakan sama ada gencatan senjata dengan Iran telah berakhir susulan laporan mengenai serangan Iran ke arah Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Ditanya sama ada perkembangan pada Isnin lalu menandakan konflik kembali memuncak, Trump berkata: “Dalam apa jua keadaan, kita akan menang. Sama ada kita capai perjanjian yang tepat, atau kita menang dengan sangat mudah” Beliau berkata,…

Read More