SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerusi Facebook Selangor Royal Office berkongsi petikan kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-33, Harry S. Truman yang menarik perhatian baginda.
Menurut hantaran di Facebook itu, baginda terbaca dan tertarik dengan “quote” bekas Presiden AS itu “No man can get rich in politics unless he’s a crook” yang ingin dikongsi bersama rakyat jelata.
Jika diterjemahkan ia membawa maksud : “Tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng.”
Baginda turut berkenan berkongsi “quote” susulan daripada terjemahan itu yang berbunyi :-
“Jika golongan paling kaya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya telah dirosakkan oleh rasuah”
“Renungan untuk kita semua. Semoga bermanfaat,” menurut hantaran itu yang turut disertakan lagu latar nyanyian M.Nasir berjudul Apokalips.
Nnnn
