SEPANG 3 Mei – Exco Kerajaan Negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh menjemput Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkunjung ke Melaka untuk melihat bagaimana pelancongan menjadi tarikan tanpa acara ala disko jalanan seperti di Bukit Bintang. Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, beliau tidak perlu membentangkan cadangan seperti diminta Ahli Parlimen DAP itu sebaliknya akan membentangkan bukti mengenai kehadiran pelancong ke Melaka. Katanya, sepanjang tahun lepas, 15 juta pelancong datang ke Melaka dengan hasil yang dijana hampir berbilion ringgit dari sektor pelancongan tanpa mengadakan acara disko jalanan tajaan…
Read MoreDay: May 3, 2026
MAIS kecam imej aibkan Sultan Selangor
SHAH ALAM 3 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab pihak yang menyunting dan menyebarkan imej yang menjengkelkan serta mengaibkan Sultan Selangor . Pengerusinya, Salehuddin Saidin berkata, hantaran yang dibuat dengan sengaja menerusi laman sosial Facebook itu adalah untuk melukakan perasaan masyarakat Islam di negeri ini. Katanya, tindakan itu jelas tidak menghormati kedudukan baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor kerana mengaitkan baginda dengan objek dan visual yang jelas haram mengikut perspektif hukum syarak. “Merujuk kepada satu hantaran di Facebook yang memaparkan suntingan…
Read More90 peratus pesawah Kedah terjejas
ALOR SETAR 3 Mei – Hampir 90 peratus daripada 56,000 pesawah di Kedah termasuk di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) belum memulakan penanaman padi bagi Musim 1/2026 yang boleh memberi impak jangka panjang terhadap tahap sara diri beras (SSR) negara. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata situasi yang menjejaskan jadual penanaman itu adalah disebabkan peningkatan kos operasi dan kekurangan bekalan air. Katanya, pesawah di kawasan MADA sepatutnya memulakan tanaman mengikut jadual iaitu Fasa Satu pada 15 April, Fasa Dua 29 April dan Fasa Tiga 13…
Read MoreBerita pilihan…
Perjalanan 4,000 bakal haji terjejas
BAMAKO – Perjalanan ibadah lebih 4,000 bakal jemaah haji terjejas apabila syarikat penerbangan EgyptAir membatalkan semua penerbangan haji ke dan dari Mali yang kini dilanda krisis. Menurut badan penyelaras haji negara itu, pembatalan berkenaan dibuat ketika negara Afrika Barat itu berdepan krisis keselamatan yang meruncing, susulan serangan kumpulan pemisah dan pejuang jihad yang menyasarkan junta pemerintah. Serangan berskala besar di beberapa kubu kuat junta pada hujung minggu lalu mengorbankan menteri pertahanan negara itu, manakala kumpulan pejuang mula menyekat beberapa laluan masuk ke ibu negara, Bamako. Badan kerajaan yang menguruskan penyertaan…
Read MoreIsrael terus serang Lubnan
BEIRUT – Di sebalik gencatan senjata rapuh, Israel terus melancarkan serangan di seluruh selatan Lubnan sejak Sabtu, dengan menyerang puluhan sasaran Hizbullah. Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, ‘kira-kira 70 struktur ketenteraan dan sekitar 50 tapak infrastruktur Hizbullah dimusnahkan di beberapa kawasan’. Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) yang dikendalikan kerajaan turut melaporkan beberapa siri serangan Israel di seluruh selatan Lubnan yang mengorbankan beberapa individu, termasuk tiga orang di bandar Sammaiyeh di daerah Tyre. Tentera Israel sebelum itu mengeluarkan dua amaran pemindahan bagi sembilan lagi kampung di selatan selepas kira-kira 20…
Read More