Israel terus serang Lubnan

BEIRUT – Di sebalik gencatan senjata rapuh, Israel terus melancarkan serangan di seluruh selatan Lubnan sejak Sabtu, dengan menyerang puluhan sasaran Hizbullah.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, ‘kira-kira 70 struktur ketenteraan dan sekitar 50 tapak infrastruktur Hizbullah dimusnahkan di beberapa kawasan’.

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) yang dikendalikan kerajaan turut melaporkan beberapa siri serangan Israel di seluruh selatan Lubnan yang mengorbankan beberapa individu, termasuk tiga orang di bandar Sammaiyeh di daerah Tyre.

Tentera Israel sebelum itu mengeluarkan dua amaran pemindahan bagi sembilan lagi kampung di selatan selepas kira-kira 20 kampung diarah berpindah lebih awal.

Hizbullah juga mendakwa melancarkan beberapa serangan menyasarkan tentera Israel, dengan menyatakan ia sebagai tindak balas terhadap ‘pelanggaran’ gencatan senjata.

Israel terus melancarkan serangan maut ke atas Lubnan walaupun gencatan senjata pada 17 April yang bertujuan menghentikan lebih enam minggu peperangan antara kedua-dua pihak masih berkuat kuasa.

Menurut teks gencatan senjata itu memberi hak kepada Israel untuk bertindak terhadap ‘serangan yang dirancang, hampir berlaku atau sedang berlangsung’.

Related posts

Leave a Comment