11 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,125 orang, daripada 3.01 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada 11 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara yang meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan mengambil masa bagi menentukan sama ada pesakit meninggal akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 155,673 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 143,076 individu atau 91.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,118 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,292 kes di hospital dan 187 di unit rawatan rapi (ICU) yang membabitkan 78 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 109 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment