MAKKAH – Lebih 60,000 pokok ditanam di seluruh kota suci Makkah dalam satu usaha penghijauan berskala besar yang mencerminkan komitmen Arab Saudi untuk meningkatkan kelestarian serta menambah baik pengalaman jemaah haji.
Kidana Development Company, anak syarikat Suruhanjaya Diraja bagi Bandar Makkah dan Kawasan Suci, memaklumkan pihaknya baru-baru ini menanam 40,000 pokok, selepas fasa awal yang menyaksikan lebih 20,000 pokok ditanam sebelum ini.
Menurut laporan Agensi Akhbar Saudi (SPA), usaha gabungan itu menyaksikan peningkatan tiga kali ganda kawasan hijau berbanding musim haji tahun lalu, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran lebih sejuk dan selesa untuk jemaah.
Inisiatif ini selari dengan matlamat Wawasan Saudi 2030 dan Inisiatif Hijau Saudi, mencerminkan strategi lebih luas untuk mengimbangi pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar di sekitar kawasan paling suci umat Islam.
Secara keseluruhan, projek penanaman pokok berskala besar dan promosi kawasan semula jadi seperti Al-Mughmas mencerminkan pendekatan tersusun terhadap kelestarian, yang bukan sahaja memperindah perjalanan spiritual para jemaah, malah membuka peluang baharu kepada pelancongan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Nnnn
