JEDDAH – Pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa semasa sidang kemuncak yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud. Sidang itu membincangkan beberapa isu dan topik berkaitan perkembangan serantau dan antarabangsa, selain usaha penyelarasan dalam kalangan negara anggota GCC bagi mencari penyelesaian. Sidang kemuncak itu dihadiri oleh beberapa pemimpin dan pegawai kanan Teluk, termasuk Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa. Turut hadir Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, yang…
Read MoreMonth: April 2026
Nahas kereta api, syarikat teksi disiasat
JAKARTA – Syarikat pengendali teksi dipanggil untuk disoal siasat berikutan laporan yang sebuah teksi terbabit dalam urutan kejadian yang menyebabkan perlanggaran kereta api di Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat, yang mengorbankan 15 orang. Ketua Pengarah Pengangkutan Darat, Aan Suhanan berkata pihak pengurusan syarikat teksi e-panggilan Green SM Indonesia dipanggil untuk memberikan penjelasan. “Kami menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat lebih lanjut pembabitan teksi Green SM, termasuk aspek pelesenan, kelengkapan pentadbiran, piawaian keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan operasi pengangkutan awam,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurut laporan media, perlanggaran itu berpunca daripada…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 29.04.2026
UMNO BN Negeri Sembilan tolak dakwaan PH
SEPANG 28 April – UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan bahawa tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar merupakan usaha “tebuk atap” atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab. Dalam satu kenyataan malam ini, UMNO BN negeri itu menjelaskan tindakan menarik sokongan ini bukan soal prestasi harian Menteri Besar semata-mata, tetapi soal keyakinan terhadap kebijaksanaan kepemimpinan beliau dalam mengurus krisis institusi yang amat sensitif. Justeru UMNO BN Negeri Sembilan menyeru semua pihak, termasuk Pakatan Harapan (PH) supaya tidak meremehkan krisis…
Read MorePH tolak pengkhianatan BN Negeri Sembilan
SEPANG 28 April – Pakatan Harapan (PH) menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO / Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk cuba ‘menebuk atap’ dan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan. “Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan. Fahmi berkata, alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri…
Read MorePertemuan pemimpin
FOTO ini dikongsi melalui Facebook Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tiada butiran lanjut mengenai ‘pertemuan pemimpin’ seperti catatan Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH). Pertemuan itu melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan Pengerusi PH, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP. Turut sama Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail. Nnn
Read MorePM sokong Aminuddin terus tugas MB
PUTRAJAYA 28 April – Anwar Ibrahim menyokong titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, supaya Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar. Perdana Menteri berkata, sokongan itu demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa. Anwar berkata, beliau sudah menghadap, Tuanku Muhriz, malam tadi bagi membincangkan perkembangan membabitkan institusi Raja dan pentadbiran kerajaan negeri, selain menjunjung kasih atas kebijaksanaan Tuanku dalam menangani perkara ini. “Dalam pertemuan itu, saya menyokong titah Duli Tuanku supaya Datuk Seri Aminuddin terus…
Read MoreBukan mahu jadi MB, tidak ‘tebuk atap’
SEREMBAN 28 April – Tidak timbul isu mahu menjadi Menteri Besar dan menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ susulan tindakan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kepemimpinan Aminuddin Harun semalam. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, keputusan memilih jawatan Menteri Besar bukan terletak dalam tangan UMNO, sebaliknya diputuskan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. “Ini bukan matlamat kita. Saya sudah pun menjadi EXCO kanan dan perbincangan kita bukan nak jadi Menteri Besar dan saya bukan nak jadi Menteri Besar. “Sesiapa saja boleh menjadi Menteri Besar, saya…
Read MoreMana Sikana Sasterawan Negara ke-16
PUTRAJAYA 28 April – Allahyarham Dr Abd Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-16. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pemilihan berdasarkan ketokohan beliau sebagai sasterawan yang prolifik dan konsisten menghasilkan karya kreatif yang bermutu tinggi sepanjang kerjayanya. Beliau berkata, sumbangan Allahyarham merangkumi pelbagai genre, termasuk cerpen, novel dan drama yang sarat dengan pemikiran kritis, nilai kemanusiaan serta kepekaan terhadap realiti sosial. Mana Sikana yang meninggal dunia pada 26 Mei tahun lalu sering menampilkan pendekatan yang berani dan inovatif, sekali gus memperkayakan bentuk serta estetika…
Read MoreTarik sokongan, jadi pembangkang bermaruah
SEPANG 28 April- Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh kekal dengan prinsipnya untuk UMNO menarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang bermaruah tetapi bukan menubuhkan kerajaan secara tebuk atap. Justeru beliau menegaskan tindakan UMNO menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bukan untuk “menebuk atap dan gila jawatan,” tetapi kerana tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH). “Saya kekal dengan prinsip sejak dari dulu, untuk UMNO tarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan, jadi pembangkang bermaruah ataupun hadapi pilihan raya bukan menubuhkan kerajaan secara tebuk atap,”…
Read More